Wednesday, May 26, 2010

Work cum Holiday 2

Okeh. Kita sambung story.

Saturday morning aku bergerak balik Terengganu dalam keadaan x keruan (ni Malay ke Indon ye. Lantaklah)Hasif demam dan Hazwan pun dah berjangkit. On the way tu banyak kali berhenti. Tu semua gara2 nak cari coolfever. Nasib Hazwan x teruk. Tapi Hasif memang x kebah langsung. Last2 aku buka semua baju dan seluar. Sampai kat Terengganu terus p farmasi nak cari ubat bontot. (bukan lucah ye). Tu je pilihan sebab dia x nak makan ubat.

The next day, around 10 aku dah ke hotel. Nasibla budak2 aku semua dedicated. Dia orang yang banyak settlekan dari segi seating arrangement, folder mesyuarat, kad jemputan untuk dinner etc. Credit to them. Masalah mula timbul bila nak check in. Hotel janji by 12.30 boleh check in. Rupanya tu semua janji palsu. Kebetulan ada another program kat hotel tu. So, ada yang check out pukul 2. At the end, ramai yang masuk meeting pakai seadanya jela sebab meeting start kul 2.30 Aku dah nak mengamuk. At the end kul 5.30 baru semua boleh check in. Kata 4 star hotel tapi service cam 1 star. Serik rasanya. Nasib baik x kena bambu ngan all the ahli mesyuarat.

Satu lagi insiden mengenai ahli mesyuarat. Pengerusi ada tanya few yang x turn up lagi petang tu. Terpaksa kami urusetia call tanya kenapa belum sampai. Based on the borang pengesahan kehadiran, supposed ada la dalam meeting. Kebetulan member aku 1 flight dengan yang datang lambat ni. Dia orang boleh claim x tahu pasal meeting ptg ni. Siap boleh cakap x terima aturcara meeting ptg. X angin kau dengar. Kita dah email, fax, pos. Apa lagi yang x terima. Yang peliknya orang lain terima camana 'group serpihan' ni boleh cakap x tahu. Dah geram aku bertekak gakla. Aku tunjuk surat panggilan mesyuarat siap ngan lampiran berkenaan. Tapi biasala orang dah salah. Mesti x ngaku. Member aku dah mintak aku sabar. Mana boleh sabar. Bukan dia orang tahu penat lelah nak buat semua tu. Peduli la kalau dia orang gred apapun. Salah tetap salah dan should be responsible la.

The next day, meeting okla. Yang x ok cuma aku. After lunch aku dah rasa semacam. Tapi dah kena baca minit mesyuarat then jadi pencatat minit, aku tahan gakla. Tapi dalam kul 5, aku dah x mampu nak teruskan. Aku bagi isyarat kat budak2 aku dan naik ke bilik. Sampai kat bilik apa lagi terus keluar semua isi perut. Lembik rasanya. Tula penangan x cukup rehat. Apapun, orang kata kita belajar dari pengalaman. Apa yang x elok kita jadikan panduan supaya kita x buat benda yang sama. Ok. Chow.....

Tuesday, May 11, 2010

Work cum Holiday

Dah lama nak story tapi malas teramat.Last april was a very tiring month. I have 2 big meetings that was held back to back. The 1st one, I was part of the ahli wajib. Then after that jadi urusetia. Yang part jadi ahli wajib tu not a really big deal. But, yang jadi urusetia tu buat aku and the whole unit macam separuh mati.

I was informed by my immediate boss regarding that big meeting 2 weeks before and my unit was the chosen one to incharge for that meeting. Tempat meeting kat terengganu. Sebab tu tajuk aku letak work cum holiday. Bolehla balik kampung sekali. Kira co-host dengan terengganu dan early plan to have 3 in 1 meeting. Maksudnya dalam 3 hari 3 meeting yang berlainan but will be chaired by the same person.

Can u imagine within that time given, kena cari hotel, dapatkan maklumbalas minit mesyuarat,senarai kehadiran, arrange dengan terengganu dari segi logistik untuk persediaan mesyuarat, dan bla,blaa, bla.... Masa ni memang menuntut kreativiti dan kepantasan berfikir. Yela, benda last minute ni memang banyak benda yang 'unsangkarable'.

Mula2 pasal hotel. Dah meeting melibatkan orang besar jadi tastepun mesti besar. Suggestion yang awal adalah to go for ryaz heritage. Survey punya survey x jadi sebab too costly. Bagi yang bos2 lepasla tapi kami urusetia x layak. Lagipun kalau diikutkan dalam keadaan gawat ni x digalakkan buat kat hotel. Tapi dah request kenala hamba yang menurut perintah. Finally, pilihannya adalah hotel primula. Lagipun, kat terengganu mana ada banyak pilihan. Tapi masa sesi perbincangan kat terengganu, sempatla gak melawat ryaz tu. Kiranya tepatla pilihan x pilih tempat tu. Bagi aku kurang sesuai sebab kena jalan jauh dari bilik ke meeting room.

Then, masalah timbul on minit mesyuarat. Meeting will start on Sunday. Thursday morning I received one call from one of Ketua Bahagian asking about the minit mesyuarat. After explaining a little bit, dia mention minit mesyuarat tu dah salah. Yang aku minta maklumbalas tu adalah untuk satu mesyuarat khas yang xde kena mengena langsung dengan upcoming meeting. X terkedu ke kau dibuatnya. Dahla before end conversation dia punya statement 'u continue jela dengan whatever yang u do'. Then terus hang up. Aku bengang + marah. Mana taknya. Aku diberitahu tula minit mesyuarat yang betul. Then cara dia cakap macam aku salah lak sedangkan bukan akupun yang pegi masa last meeting. How do I know which one which. Yang buat aku tambah bengang kenapa last minute baru inform sedangkan benda tu dah email lama. Maknanya dia baru bacala. Tapi yang pelik dan ajaib aku dapat maklumbalas untuk minit mesyuarat yang salah tu dari anak buah dia. So, apa maknanya? Lu fikirla sendiri. Tapi bagi aku tu maknanya kau x communicate dengan orang bawah.

But, at the end terpaksa gakla dapatkan minit mesyuarat yang betul, edit balik ke format maklumbalas then email to everybody. Dahla hari jumaat tu dah ada state yang cuti. Nasibla immediate bos aku tururt membantu calling2 member2 dia.Aku skip jela meeting yang tengah berjalan. Pada masa sama nak kena update senarai kehadiran untuk confirm transport ngan orang terengganu. Selaraskan talking point. Siapkan folder, buku program, token etc.

Dalam pada tu ada satu insiden berlaku. Aku call one person ni untuk dapatkan feedback. Sekali dia marah aku balik sebab dia kata minit tu salah dan dia salahkan aku sebab anggap aku urusetia. Dah bengang aku explain la kata minit tu last urusetia yang uruskan. Pas tu aku selamba je cakap kalau xde maklumbalas aku tinggal kosong jela. Lantakla. Baru gred tinggi sikit dah nak berlagak.

Yang buat aku lagi penat, hari khamis tu baru tahu ada tambahan 7 ahli baru. Kelam kabutla untuk call dan email surat panggilan mesyuarat. Then kena mohon kelulusan baru, booking bilik, confirm kehadiran. Aku hari Khamis dan Jumaat tu memang dah nak pengsan. Mana nak siapkan maklumbalas, check barang2, siapkan talking points dan mcm2 lagi. Dahla tu, tengahari Jumaat, babysitter aku mesej Hasif demam panas. Aku dah nak balik tengahari tu tapi kesian lak kat budak2 aku bertungkus lumus siapkan keje. At the end lepas keje aku kena balik gak sebab temperature x turun2. Malam tu budak2 aku balik dalam 9.30 malam.

Ok....sambung 2nd part.