Wednesday, January 15, 2014

Susu Ilham

Aku mula kenal dengan Susu Ilham bila kawan-kawan satu ofis yang perkenalkan. Memang xde rezeki Hadif untuk fully breastfeed until 2 years old. Aku kena cari alternatif lain bila Hadif dah cecah ke setahun 4 bulan. Memang dah x mampu nak tampung keperluan dia. Xpela. Aku redha. Dah berbagai cara dan usaha untuk banyakkan balik susu badan tapi memang x boleh. Maybe salah sendiri yang masih kurang ilmu.
 
Namun, aku puas sebab dah beri yang terbaik. Sekarang still boleh supply lagi cuma x banyak. Tapi yg pasti bila aku kat rumah memang melekat jela. So, di sinila bermula pencarian susu formula untuk Hadif. Bila dapat tahu pasal susu ni, aku minta tolong mr google untuk dapatkan more info. So, jom kita tengok apa kebaikan dan kelebihan susu ni:
 
 
Image 11
Apa Yang Terkandung Di dalam Susu ILHAM

Diperkaya dengan badam, kurma, kismis dan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran.

 Khasiat Badam
Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein dibandingkan dengan bijirin lain

 
Khasiat Kurma
 
Membantu mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.



Khasiat Kismis
Kismis boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa.

Terapi Al-Quran
Melahirkan pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti anak terpelihara.


Susu ibu tetap yang terbaik. Tapi kalau perlu cari alternatif kita mesti nak yang terbaik jugakkan.

So, kalau ada yang berminat boleh pm/whatsapp saya 0123959157. COD di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang dan lain-lain kawasan berdekatan atau pos.
 

Monday, January 13, 2014

Mysecret Collagen dan Snowhite Collagen

Produk RdBeauty.


Ini adalah antara produk terhangat dan memang favourite saya. Ok, jom kita tengok apa kebaikan  produk ni:

Mysecret Collagen

Formulasi terbaik yang dihasilkan menerusi kajian saintifik dan berkualiti. Suatu penemuan terbaru dalam merawat dan mencegah penyakit kronik, juga menjadikan tubuh anda sentiasa awet muda.Produk pertama di Malaysia yang menggunakan oat sebagai agen kebal melawan penyakit.  

Antara bahan utama Kolagen, Fiber, Gluthatione, Oats, (Cereal Fiber), Psylliumm Husk (Plantago Ovata), 
Teh Hijau, Goji, Biji Aprikot, Tamar, Madu, Delima, Mahkota Dewa dan Garam Bukit.

Kolagen dan Glutha membantu memulihkan kesihatan yang semakin menurun akibat peningkatan usia, juga membantu meremajakan kulit dalam menghadapi proses penuaan.

Oat secara semulajadi membantu kesihatan jantung, usus, menurunkan kolestrol dan menangani sembelit.

Plantago Ovata membantu diet pemakanan yang sihat untuk menangani dan mengelakkan kegemukan.

Teh Hijau membantu menurunkan tahap kolestrol dan membantu pesakit darah tinggi dan kencing manis.Biji Aprikot membekalkan vitamin B17 bagi menangani masalah kanser.

Madu, Goji, Delima dan Mahkota Dewa makanan berkhasiat untuk kesihatan badan keseluruhannya dengan membekalkan tenaga, melancarkan peredaran darah, membekalkan oksigen dan membuang toksin daripada badan.

MySecret diminum sekali sehari sebelum makan pagi dengan dibancuh atau digoncang menggunakan air suam.Bagi pesakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi digalakkan mengambil sebanyak 3 kali sehari untuk sekotak pertama (sebelum makan pagi, tengahari dan malam), diikuti dengan 1 kali sehari untuk setiap kotak seterusnya.
 
 
Snowhite Collagen
 
 
 
So, kalau ada yang berminat boleh pm/whatsapp saya 0123959157. COD di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang dan lain-lain kawasan berdekatan atau pos. 
 

Friday, March 22, 2013

Happy Birthday Hadif

Hmmm..... last entry yang post pasal Hadif. Then, first entry this year pun pasal dia. Malas dan malas tu je alasan kenapa lama tiada catatan kat blog ni. Anyway, Hadif dah genap setahun on 21.03.2013. Alhamdulillah until now, still fully bf. Ramai yang cakap, ni dah kira terima degree untuk bf. Even, still long long way to go but insyaallah aku akan cuba. Ni tekad aku untuk Hadif.
 
By 6 months aku dah mula ngan solid foods. Tapi Hadif different from twin and Nurin. Kalau kat rumah dia x nak makan. Luckily kat rumah babysitter dia makan apa je yang orang bagi. So aku agak lega. Cuma bila camtu, dia merengek dan susu jela sepanjang masa kalau hari cuti. Aku cuba solution lain. Aku bagi puree buah2an. Mula2 dia boleh terima. Tapi at the end back to square one. Lepas tu ada gak aku cuba bagi biskut. Dia makan sikit then melalak. Mak mertua aku suggested untuk bagi nestum. Alhamdullillah, hadif nak. Cuma kena pelbagaikan perisa.
 
Seawal 9 bulan, Hadif dah kena chicken pox dan rotavirus. Back to back. Nak buat camana satu rumah kena. Nasib dia x byk ragam. Hadif meniarap x lama. Dia menangis kalau lama meniarap. 10 bulan dah boleh duduk. Gigi baru 6 batang. Mulut dah macam mak nenek. Panjat tangga dah laju cuma xde tanda bila nak jalan. Memang x boleh challenge kak nurin. 10 bulan dah jalan. Berat terkini 9.5 kg. Okla. Kang berat2 x larat nak dukung.
 
Hobi dia petang2 mesti naik motor ngan ayah. Kalau masa ni mama nak ambik dia x pandang pun. Ok tengok jela gambar si tonet ni.
 
 
 
Hadif sejurus lepas lahir dalam NICU
 
 
Hadif 11 bulan

 
Hadif setahun

 

Monday, July 30, 2012

Permata Hati Baru

Muhammad Norhadif, permata hati baru mama dan ayah. Kehadiran Hadif sekaligus menghapuskan title anak bongsu yang dipegang oleh Nurin selama hampir 4 tahun. Kehadiran yang dinantikan kerana rasanya ini yang terakhir. Bukan aku menolak rezeki tetapi disebabkan ketiga-tiga kelahiran adalah secara caesarian, so doktor menasihatkan untuk terus stop. Apapun, alhamdulillah aku telah dikurniakan 4 permata yang amat bernilai.

Kehadiran Hadif walaupun dinantikan tetapi x dijangka. Dalam keadaan kelam kabut berpindah ke rumah baru memang x expect untuk pregnant dalam masa tu. Tetapi dah rezeki Allah nak bagi. Tupun bila buat pregnancy test lambat je nak naik 2 line. Berbeza dengan sebelum ni. Dah naik 2 line pun still yang second line tu x clear. Tapi aku yakin memang pregnant sebab badan dah lain macam.

Untuk yang kali ni the history repeat again. Loya x sangat tapi still aku batuk, x boleh minum air kosong. So, setiap masa nak kena minum air yang berperisa. Kali ni jugak aku kena buat MGTT (ala yang minum air gula untuk detect gestational diabetes) agak awal. Masa aku 4 bulan ++++. Memang kantoila. Dah air manis je memanjang. Tambah lak aku suka kunyah chewing gum untuk hilangkan rasa x selesa kt tekak. Lepas dah positif tu, aku tukar makan asam lak. Seksa betul.

So sebab dh confirm awal ada kencing manis bermulala episod ulang alik ke klinik untuk ambil darah 2 minggu sekali. Memang memenatkan sebab kena ambik darah 4 kali. Orang yang ada pengalaman ni memang tahula betapa lecehnya nak lalui proses ni. Dahla tu kena check darah tu sampai bersalin. At the end, aku pinjam glucometer daripada seorang pegawai aku yang turut alami nasib yang sama dan check sendiri kt rumah. Hanya bawa result je ke klinik. 2 bulan terakhir sebelum bersalin aku dirujuk ke hospital sebab bacaan  gula darah yang tinggi.

Masa tu doktor bagi peluang untuk monitor for another 2 weeks. If the results still not satisfied then kena wardedla untuk start dengan insulin. Alhamdulillah, semuanya ok. Then doktor terus bagi tarikh untuk aku bersalin secara caesar. Almaklumla, dah 2 kali caesar. So xde chance untuk aku merasai pengalaman bersalin normal.

On 15th March, aku dah warded sebab 16th tu dah caesar. Tapi at the end doktor bius cakap kena postponed sebab aku batuk dan selsema. Memang very risky kalau nak teruskan jugak. Aku kena habiskan antibiotik dan kena warded again on 20th. Bila datang balik, doktor bius check condition aku, dia kata operation boleh buat tapi still ada risiko sebab batuk x baik lagi.

Kalau tanya aku masa tu memang takut. Bila dah discuss ngan hubby dia cakap tawakkal jela. Cuma aku agak bimbang sebab still batuk dan memang menakutkan serta menyakitkan bila lepas caesar. Memandangkan ni adalah elektif surgery, so x tahu bila turn aku. Bila tanyapun, ada 6 orang termasuk aku yang akan caesar. Tambah lak dewan bedah untuk bersalin dalam proses dibaikpulih so kena guna general ot. Kalau xde kes-kes emergency cepatla.

On 21th tu, pagi lagi aku dah siap. Mandi dan solat sebab after subuh dah nak kena masukkan kateter. Akhirnya, pukul 12 tibala turn aku. Sempat call hubby inform tapi x dapat jumpa dia. Tepat jam 12.56 tengahari Muhammad Norhadif selamat lahir ke dunia dengan berat 4.14 kg. Alhamdulillah. Cuma bagi aku proses kelahiran kali ni agak menyakitkan berbanding sebelum ni.

Episod kelahiran Hadif belum berakhir di sini. Rupanya masalah baru timbul. As expected Hadif kena masuk NICU sebab berat lebih 4 kg. Tapi bila jumpa Hubby petang tu, dia cakap Hadif kena letak kat incubator sebab masalah fast breathing. Tuhan je tahu perasaan aku masa ni. Nak pi tengok condition aku belum mengizinkan. Cuma Hubby dapat tengok. Dia cakap wayar berselirat kat keliling Hadif.

The next day bila dah boleh bangun baru dapat jenguk Hadif. Alhamdulillah, cuma satu wayar disambung kat belakang bagi salurkan antibiotik. Hari ke 3 aku dah boleh keluar. Tapi pagi tu doktor datang untuk ambil sampel aku to make sure masalah Hadif bukan berpunca dari jangkitan semasa dalam kandungan. So hari tu aku je yang keluar without Hadif.

Hari yang ke 4, pagi aku ke hospital untuk breastfeed. Hadif dah habis antibiotik cuma diletak untuk pemantauan. Petang bila ke sana, doktor cakap Hadif dah boleh keluar. Aku ingatkan semua dah ok. Rupanya hari ke 10 Hadif disahkan pula ada kuning. Siap demam lagi. Bermula lagi episod baru ulang alik ke klinik untuk ambil darah.

Macam-macam aku bagi untuk turunkan kuning tu. Susu kambing, mandi dengan ubat cina, mandi dengan air daun inai, air anggur hitam, air sengkuang cina but still turun sikit2 je. Dah almost 2 weeks, doktor refer Hadif ke specialist untuk further investigation berkaitan kuning dia. Memang memenatkan dan aku lak kesian kat Hadif sebab asyik kena cucuk kaki nak ambik darah. Result daripada specialist melegakan hati aku dan Hubby. Kuning tu disebabkan oleh breastfeeding. So, akan hilang cuma agak lambat.

Apa lagi ye.... pusat tanggal hari yang ke 10. Hadif baby yang baik dan x banyak ragam. Seingat aku 2-3 kali je dia x nak tido malam. Cuma Hadif ni kalau petang aku kena baring dan susukan dia baru dia tido. Sekarang dah 4 bulan lebih dan dah 7.9 kg. Still fully susu cap gantung. Harapan dan doa aku untuk susukan dia selama yang boleh. Insyaallah.

Tuesday, July 17, 2012

Rumah Baru

Alhamdulillah. Finally Julai 2011 teratak kami yang baru siap untuk diduduki. Sebenarnya memang ada kelewatan daripada tarikh sebenar rumah tu perlu diserahkan oleh pemaju. Ikut perjanjian sepatutnya bulan Ogos 2010. Tapi Januari 2011 baru dapat ccc dan serah kunci. CF dapat Mei dan masa ni baru boleh start renovation. Almost 1 year +++++ aku kena bayar 2 rumah. But at the end, penantian masuk rumah baru, amatla x berbaloi. Mesti ada yang cakap aku x bersyukur sebab ramai lagi yang rumah x siap2, terbengkalai. Tapi memang tula yang aku rasa. Apa yang diserahkan indah khabar dari rupa.

Bila serah kunci tu aku dan hubby pegi inspect rumah. Too many defects dengan finishing yang amat x semenggah. Kalau diikutkan macam beli rumah kos rendah je. Even aku rasa low cost punya lagi berkualiti. Banyak gak yang x ikut spec. Ingatkan bila dah complain pemaju akan betulkan tapi hampeh. Memang xde apa2 tindakan langsung. Few days before moved in, siling master bedroom runtuh. Habis rosak lampu dan kipas serta timber floor. Rupanya air dari tangki melimpah. Masa tu hubby ngan few friends nak basuh rumah. Nasib belum pindah. Kalau x ada yang kena masuk hospital. Bila complain lembap betul nak datang betulkan. Aku cuba minta untuk tukar timber kepada tiles tapi developer kata kena tambah duit. Aku tanya kontraktor yang renovate rumah tu pasal kualiti timber tu. Dia kata tu memang yang low quality. Tu sebab kena air sikit terus kembang. Kalau nak cerita pasal rumah ni memang x habis.

Aku dah bawak kes ni ke tribunal. Tapi yang dah settle cuma untuk tuntutan penyerahan lewat. Inipun aku kurang berpuashati sebab award yang diputuskan x ikut apa yang sebenarnya aku layak dapat. Keputusan hakim berbeza-beza sebab ada jiran aku dapat ikut apa yang sepatutnya. Nak buat camana. Keputusan tu muktamad. Kalau nak cabar aku nak kena bawa ke mahkamah sivil (betul ke?). Lagi banyak proses dan lagi leceh. Aku redha dan anggap setakat tu je rezeki aku. Lagi satu tuntutan teknikal belum ada keputusan. Tengah tunggu kumpulan teknikal untuk inspect balik rumah based kepada report aku. So, just wait and see.

Cuma bila dah jadi camni aku agak skeptikal dan serik dengan pemaju Melayu. Betulla kalau orang cakap Melayu x pandai nak guna peluang yang diberikan (bukan semua ye).Tu sebab susah nak maju, susah nak kekal bersaing, susah nk dapat customer. Tapi nk kutuk lebih2, ada lk yg cakap aku x sedar diri ni pun Melayu. Lagi satu, aku sedih sebab melayu dengan melayupun nak tipu. Mana taknya kawasan rumah aku semua melayu dan dibina atas tanah rezab melayu oleh pemaju melayu. Apapun, next time kalau diberi pilihan, mungkin aku xkan pilih melayu. Memang pisang xkan berbuah 2 kali tapi, monyet yang dah biasa makan pisang susah nak diubah untuk cuba makan pizza lak.

Thursday, July 12, 2012

Housekeeping

Dah berhabuk, bersawang rumah aku ni.Setahun dah berlalu tanpa apa-apa cerita.Aku akan cuba aktifkan balik blog ni sebagai diari kehidupan untuk dikenang dan dirujuk in future. Next entry aku cuba kenang balik apa yang telah berlaku for the past 12 months aka 1 year. See ya!!!

Friday, June 24, 2011

Eczema

Ada sape2 yang mempunyai anak yang menghadapi masalah eczema x? Atau ada sesape yang pernah alami maslah ni. Si kembar dah sampai tahap yang agak kronik. Bukan setakat kulit kering dan gatal tapi dah kena jangkitan. Dah berjangkit kat Nurin pun. Cuma alhamdulillah Nurin xde lak eczema tu. Berair2 tempat yang luka tu.

Dah merata (ye ke?setakat ni baru 2 tempat aku duk ulang alik untuk treatment.propa je lebih) aku bawak si kembar berubat. Satu kat dermatologist, satu lagi secara tradisional. Dengan specialist tu adala kurang sikit jangkitan tapi kena balik. Berbagai jenis krim, ubat and even sabun yang doktor bagi. Semua aku bantai sapu tapi ikut aturanla. Sampai aku sendiripun dah pening nak ingat mana satu nak sapu then next apa.

Kalau encik hubby ambik giliran siapkan bebudak ni, mulala nak kena bukak suara terang kat dia apa yang kena apply. Xpun aku kena siapkan dulu ubat dan krim semua. La ni, si kembarpun dah tahu nak letak apa. Then, ma suggest untuk cuba secara tradisional lak. Aku on je sebab dah x larat nak ulang alik pegi klinik. Bebudak nipun dah mengeluh tiap kali nak letak segala mak nenek kat badan dia. Tu x tengok lagi masa makan ubat. Pas tu aku fikir x salah cuba alternatif lain. Asalkan x melanggar apa yang Islam x benarkan.

So, sekarang ni aku stop dulu segala krim dan ubat. Mandipun setakat lalukan air dengan shampu je. Pas tu tiap petang balik keje, tugas aku lepas mandikan diaorg sapu putih telur ayam kampung dicampur ngan madu. Dah kering letak lak bedak sejuk. Ni dah masuk hari ke 5. Setakat ni aku tengok adala kurang sikit. Tapi dua2 dah menyeringai tiap kali nak sapu ubat. Kesian lak aku dengar si kembar cakap 'sakitla mama'. Luruh hati aku.

Macam2 masalah kesihatan si kembar ni dari kecik. Tapi aku redha sebab tu ujian Allah pada aku. Mungkin hikmahnya 'Dia' nak hapuskan dosa dan tingkatkan iman aku dan hubby dengan cara bagi ujian camni.So, anyone yang pernah atau sedang hadapi masalah ni?Mungkin boleh share cara atau tempat untuk berubat x kirala moden ke tradisional. Aku tahu penyakit ni sesuatu sukar untuk pulih cuma akan berkurang seiring dengan peningkatan umur. Even doktor pun cakap ni salah satu penyakit kronik dan mungkin kekal sehingga akhir hayat. Cuma sebagai orang Islam aku percaya setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Bezanya cepat atau lambat untuk kita temui penawarnya. Sebagai ibu of course aku teruskan usaha walaupun kadang2 terdetik jugak rasa fed up tapi bila tengok dan dengar kembar cakap sakit aku tahu aku x boleh stop.