Dah lama x menjenguk rumah aku ni. Nak kata time is very limited x jugak. Tapi maybe xde mood tambah lak xde apa yang aku nak kongsi dengan pembaca (ada ke yang sudi baca blog aku yang x glamer ni). Hari ni aku nak cite sikit pasal kejadian semalam. Actually, yesterday aku terpaksa meng'el'kan diri. Mula memang x plan pun nak cuti. Sekali masa ambik anak babysitter cakap dia xde yesterday. So, yang ada maid dia sorang nak kena jaga 7 budak (termasuk anak aku 3 orang). Kalau ikutkan boleh je tinggal ngan tok ki dan tok wan yang datang untuk temankan aku (* laki aku otstesen) tapi kesian lak nak tinggal ketiga2 permata hati tu untuk dijaga oleh parents aku. Penat wooo...... nak uruskan tambah lak si kenit tu bukan tahu duk diam. Siap dah pandai gaduh ngan hero-hero tu. Tambah lak aku fikir leceh nanti nak keluar sebab aku nak kena jadi driver taxi hantar laki aku lak. Kang jadi isu lak aku keluar lama2. So at the end cuti jela.
Nak dijadikan cite, balik hantar laki aku kelam kabut gakla nak masak untuk lunch. Lambat2 nanti kesian abah aku. Dia kena makan on time. Sampai rumah aku susukan si kenit sebab dalam kete dah mengamuk nak tido. Tapi sebab tengah drive aku pekakkan telinga jela. Dah dapat susu terus lena. Akupun tolongla masak (macam terer jekan.bolehla setakat masak nasi, air.hehehe...) Tengah sibuk kat dapur, si kembar duk berlari dari dapur ke luar kang masuk dapur balik. Tiba2 aku dengar bunyi kepala terlanggar dinding. Bunyi tu memang kuatla. Aku buat bodo je dulu sebab tengah ada keje. Cuma sempatla jeling dan aku tengok Hasif tengah duduk. Tapi masa tu dah bunyi siren la (nangis la). Ingat xde apa2. X lama abah aku jerit kata berdarah. Apa lagi kelam kabut aku keluar tengok tangan abah aku dah penuh darah. Memang panikla sebab x nampak besar mana luka. Then aku bagi tisu untuk abah aku lap darah. Pas tu aku teringat ada ice pad dalam fridge. Berkat pengalaman dan ilmu yang aku dapat masa bekerja kat tempat atlet dulu, aku letakkan ice pad tu kat tempat luka untuk kurangkan bleeding dan bengkak. Bila dah kurang darah baru nampak besar luka tu.
Aku decided to bring hasif to clinic. Aku panik bila jadi camni. Sambil tu tangan aku laju dial no hp laki aku. Dia ada kat ofis lagi dan belum bertolak. Tapi dia selamba je cakap pegi je klinik ngan abah.Xkan nak harapkan dia lak. Berangin je aku dengar. Yela dah emergency camni pun x boleh nak excuse. Bukannya kita saja buat alasan x nak pegi. Dah malas layan aku drive jela p klinik. Tapi dalam hati bengkak juga la. Nasibla tok ki dan tok wan ada. Kalau x camana nak angkut 3 orang tu. Dahla si kenit tengah tido. Then bila jumpa doktor, dia bagi option kalau x nak stitch. Dia kata boleh letak gam tapi risky sikit sebab boleh terbuka dan bleeding balik if terhantuk @ terlanggar something. Lagipun, nanti parut lagi besar. So, I told the doctor jahit jela. Memang melalak gakla even bius cuma nasib baik 1 jahit je.
Tapi kalau dah nama budak dia serik sekejap je. Bila dah ok dia dah mula balik. Tambahan lak ada member. Cuma bila cakap jangan main lasak2, hazwan akan tanya 'achif (pelat lagi) darah ye mama, achif chakit ye mama'.Aku mengiye jekan. So, for the next one week x bolehla basahkan area yang luka tu. Nanti lambat baik kalau lembab je. By tuesday baru boleh buka jahitan. Bagi aku perasaan gerun tu ada. Walaupun dah ada 2 kali pengalaman bersalin caesar tapi sampai sekarang aku fobia nak pegang tempat operate.Ngilu je. Takut terbuka balik.