Thursday, April 30, 2009

Family Day

Sebenarnya dah lama nak update cite pasal family day ni.Yela it was happened bulan februari.So almost 2 months. Tapi camanapun aku tetap nak story gk.Suka hatila kan.Ni blog aku. Actually, family day unit aku ni dah berapa kali tertunda.So at the end we managed to get the right place, on the right time.So, finally we chose Rumah Persekutuan di PD. Okla sebab affordable price untuk sesuaikan dengan budget anggota kat unit aku. Lagipun, this is the time to support jabatan kerajaan sebab the income akan masuk balik dalam 'tabungan'.Xdela hotel dan resort je yang untung.

Unfortunately, hanya lebih kurang separuh dari staffs and their family members yang willing to go.Yang lain x dapat nak join atas alasan yang tersendiri. Anyway, 1 hari 1 malam di sana memang menyeronokkan walaupun dirasakan amat singkat. But, for me just enjoyed it. Nila peluang nak eratkan ukhuwah dan silaturrahim serta mengenali all the family members. Kat sini dah xde beza bos atau anak buah. Semua sporting untuk menjayakan semua aktiviti.

Me and family arrived there saturday afternoon around 3 pm. Sampai je kat sana, bilik yang disedia tak boleh buka.So, decided to change the room at another block. Bilik yang kedua, masuk je bilik ada air melimpah kat ruang tamu. Rupanya air dari fridge sebab yang previous guest off the fridge.So, kalau fridge yang old version memang melimpahla air. At the end settle kat bilik yang ke3. Okla sebab mengadap laut.Cuma not really convenience sebab ada construction untuk add new building.Tapi aku x kisah sebab bukan lepak kat bilik pun.Petang tu turun tengok my staf buat persiapan untuk malam.Then sebab me, hubby and kids belum lunch we decided to go to bandar PD untuk makan.Nak tunggu malam lambat lagi. Luckily, ada night market kat situ. So, we just minggle around then just bought kuih untuk alas perut.

Antara aktiviti yang kita plan dan berjaya laksanakan karaoke dan barbeque pada sebelah malam then the next day sukaneka. Barbeque okla not bad. Kenyang jugakla melantak semua yang ada. The next day, after breakfast terus mula sukaneka. Most of the events are planned especially for anak2.Seronok tengok gelagat anak-anak.Tapi anak aku biasala dengan dunia dia orang.Bukan nak join sangat.Cuma, luckily masing-masing tak meragam.Kalau x jenuh nak melayan. Si kecik lagila.Dia turut excited.

Anak Dara aku yang tengah excited

Anak bujang aku buat hal memasing bila dah dapat jajan


Acara memasukkan benang ke jarum guna tangan kiri

Mama, nurin ngantuk

My family

Thursday, April 23, 2009

Curi masa

Dah lama juga aku x hapdet blog ni. Cuma nasib baik belum sampai bersawang, berlumut sebab dah lama kena tinggal. Ni curi masa sekejap nak lepaskan ketensionan. Hehe.. biasala. Tapi jangan amal selalu. X berkat rezeki. Sebenarnya banyak hal yang berlaku for the past few weeks. Cuma x berkesempatan nak mencurahkannya di sini.

Kat sini aku nak ucap congrats to all my batchmate yang dh dapat upgrade ke gred lebih tinggi (senang cakap naik pangkatla). I believe we can do it even a lot of argument, kesangsian whether we can deliver up to the expectation from our stakeholder. Kalau x diberi peluang how are we going to show and prove it. Mana yang salah sama-samala ditegur dan diajar. Bukan main hentam je. Learning is a never ending process. Furthermore, we never ask to get this promotion as early as now. So, we are not the one who must take the blame.

"Bussiness is not as usual". So, face the challenge. Prove to everybody that we are the best. All the best guys. Bagi aku, the time is not coming yet. Hopefully soon. Tapi sebenarnya, I still enjoy dengan my position sekarang. U still have bos untuk refer, discuss, decide. So, sebenarnya doesn't matter if I missed the first, second boat. Ada hikmahnya dan aku percaya tuhan dah tetapkan rezeki serta takdir perjalanan hidup aku. Ketinggalan bukan bermakna u are not so damn good just like others but to let me learn, learn and learn.

Apapun, harap2 PTk hari tu lepasla. Dah x larat nak baca buku dan ambik exam. Sampai kadang terfikir bengap sangat ke aku. Hehe.. Tapi bila fikir balik tiap kali nak ambik PTK ada je halangan. Pregnant then ada baby so masa is very limited. By the time baby tido aku pun dah exhausted. At the end buku yang tolong baca untuk aku. Anyway, doa-doa lulusla.

Friday, February 6, 2009

my sweetheart

Bila bercakap tentang anak aku bersyukur sangat sebab dah ada 3 si comel.Tapi yang paling best baru 2 kali bersalin dah dapat 3.Yola yang pertama twin. Tapi cabaran nak besarkan anak memang hebat.Tuhan saja yang tahu.Ada masanya macam dah x mampu nak handle.Tapi Allah masih bagi kekuatan.Sesungguhnya Allah tahu kemampuan dan batas hamba yang diberikan ujian.Dia xkan menguji kita sebegitu kalau kita x mampu nak menanganinya.Apapun aku bersyukur kerana diberikan suami yang amat memahami dan banyak memberikan semangat, kekuatan dan pertolongan dalam membesarkan anak-anak kami.

Anak adalah anugerah.Jagalah dan semailah anugerah itu dengan sebaik-baiknya.Kitala penentu dalam mencorakkan masa depan mereka.

Hasif, Hazwan dan Nurin

Wednesday, February 4, 2009

sad news

Dah tiga hari berturut-turut aku terima berita kematian.Walaupun bukan sanak sedara malah x kenalpun tapi mereka merupakan orang-orang yang disayangi oleh orang yang kukenal.Rasanya aku boleh faham perasaan mereka sebab situasi tu pernah aku alami dan akan aku alami atas kehendak Yang Maha Esa sebagaimana yang telah dijanjikan.Sesungguhnya setiap manusia akan mati.Tiada satupun yang kekal melainkan Allah jua.

Apapun, kematian adalah satu peringatan.Kita yang hidup tetap kena teruskan hidup tapi bersediakah kita nak menghadapi saat kembali kepada pencipta.Rasanya terlalu banyak perkara melalaikan berbanding mencari keredhaanNya.Azam setiap tahun baru untuk jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya tapi akhirnya azam hanya tinggal azam.Terlalu banyak godaan dan cubaan yang mencabar keimanan yang tak berapa nak tebal.Jadila macam cerita pendekar bujang lapok.Dalam keadaan cobaan, cobaan, cobaan pun boleh kelam kelibut lari, tewas pada keadaan dan godaan.Walaupun lawak tapi sebenarnya banyak maksud yang tersirat.Manusia lebih takut ngan makhluk lain berbanding Allah.

Alfatihah untuk allahyarham dan allahyarhamah juga kepada seluruh rakyat palestin yang syahid akibat kekejaman zionis laknatullah.

p/s:Kekejaman di Palestin mengingatkan kita hidup x selalu indah.Bila-bila masa kalau Allah nak turunkan musibah atas segala kelekaan dan kelalaian manusia menurut segala perintah dan suruhanNya ianya tetap terjadi.INGAT ALLAH.

tension

Today rasa a little bit stress. Banyak benda nak kena buat, nak kena settle. Macam-macam masalah. Tapi life must goes on. So, like it or not u have to face it. Kalau boleh jadi cam aladdin yang ada lampu ajaib dan jin ok gak. Ada problem je jin tolong. Hehehe...

Friday, January 30, 2009

Aku yang baru mencuba-cuba dan berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger. Hopefully semangat ini akan berkembang mekar.Jangan hanya hangat-hangat taik ayam.Hehehe...