Wednesday, February 24, 2010

Karnival Wow Putrajaya




Berlangsung Last Weekend di Presint 2, Putrajaya.Macam2 ada. Aku pegi kedua2 hari tu. Tapi 1st day pegi kejap je sebab panas dan belum banyak gerai dibuka. Tengokla baju yang berbeza anak2 aku pakai.





Upin dan Ipin di Alamanda

Hasif, Hazwan dan Nurin seronok betul dapat jumpa Upin dan Ipin kat Alamanda. Kebetulan ada promotion untuk perkenalkan produk-produk dan barangan Upin dan Ipin. Siap ada pertandingan lagi.










Weekend Acivities












Enjoy the pics.

Thursday, February 11, 2010

Keretaku dilanggar

Peristiwa ni dah berlaku 2 minggu lepas kat Melaka. Pagi Ahad aku, hubby, anak2 dan mak mertua nak pegi ke Pasar Minggu kat Alor Gajah. Tiba kat round about aku dah perasan 1 kereta wira dari arah sebelah kiri dah rapat semacam ngan kereta aku. Dalam hati dah terdetik nanti kena ni. Memang yepun. Belumpun sempat kereta aku lepas, 'gedegang' bunyi kat pintu sebelah kiri. Keretapun macam terangkat sikit. Aku apa lagi.Menjeritla. Mau x terkejut. Dahla sebelah yang kena langgar tu, mak mertua aku duduk. Nasib baik kena bahagian bawah. Tapi anak2 aku boleh relaks je. Siap boleh tanya kenapa mama? Laki aku terus stop kereta kat tepi. Aku tengok2 gk kot kereta tu lari.

Budak lagi yang langgar tu. Rupanya ada bawak mak skali. Aku masa tu dah x tahu nak cakap apa. Geram, marah semua ada. Memangla dah takdir nak kena. Tapi bengang sebab menyusahkan aku anak-beranak. Mula aku tanya budak tu. Mampu bayar x, kalau x mampu claim insurans la. Then, we decided to do the police report. Lagipun, aku rasa tu jalan terbaik. Cuma yang buat hati aku dan hubby sejuk sikit, nampak muka budak tu cam baik.

Kat balai polis, polis tu nasihat untuk settle kat luar je sebab dia kata sikit je. Nak claim nanti makan masa. So, dia tolong panggilkan mekanik untuk lihat then buat anggaran kos kena bayar. Tapi masa yang ni aku macam nak cili je mulut apek mekanik tu. Dia boleh cakap kalau buat kat bengkel dia anggaran dalam RM700. Tapi aku ngan hubby cakapla.Xkan nak buat sini. Petang nak balik sebab esok keje. Mekanik tu boleh cakap kalau buat kat KL lagi mahal. Nanti beza harga kat Melaka ngan KL kita orang kena tanggung.

Btul ke camtu????? Bagi aku x kira buat kat mana dan berapa kos, yang langgar tu kena tanggung. Aku ingat masa adik aku langgar kereta orang, dia tanggung semua. Kebetulan kena kat Seremban, adik aku bayarkan teksi orang tu sebab dia nak pegi Melaka. Kalau ikutkan, tu semua empunya dirila yang bayar. Agaknya adik aku baik hati sangat. Siap dia yang drive kereta otang tu bawa balik KL. Kiranya dia settlekan semua. Balik pada cerita aku. Dah apek tu cakap camtu, mesti budak tu x nak bayar kalau betul lagi mahal. Nak x nak kita orang terpaksa cuti 2 hari. Buat apa nak tanggung benda yang bukan salah kita orang. Last2 hantar kat bengkel mekanik tu gak. Nak cari bengkel lain bukan senang. Lagipun, takut nanti x boleh siap dalam masa 2 hari. Tapi tula orang kata. Kalau dah kena langgar, hasil lepas repair tu dah x sama dengan yang asal. Tapi aku pejam mata je. Xkan terus nak tukar kereta baru lak. Oopss...belum lagi. Lainla kalau dah jadi Orang Kaya Baru.


Cerita ni x habis kat situ. Bila hubby inform dah hantar kereta, budak tu bising kenapa x discuss ngan dia dulu. Hubby reply balik cakap kenapa nak kena discuss. Kan semalam dah setuju. Lagipun, kita orang nak settlekan cepat. Lagi lak kena sacrifice cuti. Terus terdiam. Bila nak settle bil, ayah dia lak bising masa inform anggaran bil RM900. Dia tanya kenapa lebih dari anggaran asal. Hubby dah bengang. Dia minta pakcik tu datang sendiri bayar kat bengkel @ nanti kami hantar bil. Macam kita orang lak yang salah. Dia salah jangan banyak cakap. Kalau ikut hati nak je pakat ngan bengkel tu biar dia caj lebih. Baru padan muka.


Nila rupa kereta aku



Tuesday, January 12, 2010

New Year 2010

2010 dah mencecah 12 hari. Tapi rasanya masih belum terlambat untuk wish Happy New Year. Aku xde resolusi yang spesifik. Cuma aku nak jadi anak, isteri, ibu dan kawan yang lebih baik. Aku juga nak kurangkan berat badan bukan sebab nilainya estetiknya tapi sebab kesihatan.


Selain tu, aku ingin mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh. Memandangkan tahun ni aku akan melalui beberapa fasa yang bagi aku akan memberikan impak yang cukup besar dalam hidup, so aku kena bersedia untuk menghadapinya.


Review untuk 2009!!!!! Overall, Alhamdulillah aku mempunyai kehidupan yang baik dikelilingi dan disayangi oleh keluarga dan rakan. Walau apapun, aku akan terus berusaha untuk yang lebih baik.

Aku Ditukarkan

Dah lama aku pendam luahan perasaan ni. Tapi aku simpan sehingga hari ni sebab aku tahu kalau hati tengah marah, memang parah nanti. Macam yang aku mention in my previous posting, aku nak beralih angin. Nak rasa suasana baru. So, doa aku dimakbulkan. Cuma dengan cara yang bagi aku sedikit kurang elok. Memang kalau diikutkan aku bersyukur sebab bebas dari tempat yang aku kurang selesa @ should I say a place where u were not welcome. Bagi sesetengah orang tu maybe perasaan aku je. Tapi bagi aku rasa selesa tu penting sebab kat situ tempat kita cari rezeki yang halal.

Let me begin the story. Aku dah make up my mind to give myself a try. Maybe for another few months. There's no harm anyway to take the challenge.Mungkin masa awal aku kat unit tu dah nak hujung tahun. So, macam honeymoon sikitla. Dah masuk tahun baru lainla sikit ceritanya. Lagipun, aku fikir panjang sebelum ambil sebarang keputusan. Fikir pros dan kons nya. Aku x nak menyesal sebab ambil keputusan yang salah.

Tup....tup.... balik dari PD, I got one sms from a good friend telling that I will be transfered out to his division. At first, I thought it was a joke. Then, I asked one friend in my old division. And, she confirmed it and said the transfer order released already. Terkejut beruk gakla. Aku x sangka cakap2 mulut aku kepada my 2nd boss and immediate boss and to few friends digunakan dan dikira sebagai 'isi borang pertukaran'. Aku rasa macam orang bersalah yang telah dijatuhkan hukuman. Kalau orang tahu aku ditukar keluar mesti aku dilabel orang yang bermasalah.

Sebelum aku keluar, nak gak tahu cerita sebenar. Risik punya risik, ada orang beritahu big boss yang aku nak keluar. Yang peliknya, my 2nd boss ingat aku dah mohon keluar, officially. Another 2nd boss lak (bukan cawangan aku) boleh tanya aku nak keluar x. Kalau x nak switch je ngan mana2 newcomer. Even ada kawan yang nasihat minta aku stay je kat situ. Tapi aku fikir balik kalau dah orang x nak, buat apa aku terhegeh2. My immediate boss pun x kata apa2. Kalau betul dia nak aku, mesti dia dah pertahankan.

Aku sedih dan terkilan gak. Terkilan sebab member yang uruskan ni, he supposed to call and inform me regarding this. Tapi until the last day dia x call kecuali aku yang call tanya. Jawapan dia senang je, arahan big boss mungkin sebab tengok aku x perform kat situ. Sedih sebab wajarkah tempoh 2 bulan diguna untuk nilai prestasi aku sedangkan aku dalam proses untuk menstabilkan diri dan masih terumbang ambing. Sumbangan aku selama 4 tahun kat sana langsung x dihargai dan x dinilai. Tapi 'tempoh honeymoon' 2 bulan aku yang betul2 bagi impak dan betul2 dinilai. Bagi aku, it's really unfair. Bukan nak kata aku bagus sangat. Cuma aku dah bagi yang terbaik dan dah buat setakat termampu.

Aku dah nekad untuk pergi ke tempat baru. Dan sekarang aku dah ada kat sini. Sebenarnya ni tempat aku diposting untuk kali pertama. Tapi masa tu division ni kat KL. Aku x larat nak ulang alik so aku mohon tukar. Maybe dah jodoh aku kat sini. Ada hikmahnya. Aku x perlu nak terperangkap dalam jam lagi. Kat sinipun suasana agak tenang. Semoga ketenangan ni akan kekal selagi aku kat sini. Kepada sesiapa yang berkenaan, semoga hidup anda semua sentiasa diberkati dan ingatlah langit x selalu cerah.Hidup ni ada pasang surutnya. Bukan berdendam tapi Allah Maha Mengetahui.

Jalan-jalan Naik Bot

Dah lama adegan naik bot di The Mines ni. Tapi aku jadi malas teramat nak upload gambar sebab masalah ngan connection.