Friday, June 24, 2011

Eczema

Ada sape2 yang mempunyai anak yang menghadapi masalah eczema x? Atau ada sesape yang pernah alami maslah ni. Si kembar dah sampai tahap yang agak kronik. Bukan setakat kulit kering dan gatal tapi dah kena jangkitan. Dah berjangkit kat Nurin pun. Cuma alhamdulillah Nurin xde lak eczema tu. Berair2 tempat yang luka tu.

Dah merata (ye ke?setakat ni baru 2 tempat aku duk ulang alik untuk treatment.propa je lebih) aku bawak si kembar berubat. Satu kat dermatologist, satu lagi secara tradisional. Dengan specialist tu adala kurang sikit jangkitan tapi kena balik. Berbagai jenis krim, ubat and even sabun yang doktor bagi. Semua aku bantai sapu tapi ikut aturanla. Sampai aku sendiripun dah pening nak ingat mana satu nak sapu then next apa.

Kalau encik hubby ambik giliran siapkan bebudak ni, mulala nak kena bukak suara terang kat dia apa yang kena apply. Xpun aku kena siapkan dulu ubat dan krim semua. La ni, si kembarpun dah tahu nak letak apa. Then, ma suggest untuk cuba secara tradisional lak. Aku on je sebab dah x larat nak ulang alik pegi klinik. Bebudak nipun dah mengeluh tiap kali nak letak segala mak nenek kat badan dia. Tu x tengok lagi masa makan ubat. Pas tu aku fikir x salah cuba alternatif lain. Asalkan x melanggar apa yang Islam x benarkan.

So, sekarang ni aku stop dulu segala krim dan ubat. Mandipun setakat lalukan air dengan shampu je. Pas tu tiap petang balik keje, tugas aku lepas mandikan diaorg sapu putih telur ayam kampung dicampur ngan madu. Dah kering letak lak bedak sejuk. Ni dah masuk hari ke 5. Setakat ni aku tengok adala kurang sikit. Tapi dua2 dah menyeringai tiap kali nak sapu ubat. Kesian lak aku dengar si kembar cakap 'sakitla mama'. Luruh hati aku.

Macam2 masalah kesihatan si kembar ni dari kecik. Tapi aku redha sebab tu ujian Allah pada aku. Mungkin hikmahnya 'Dia' nak hapuskan dosa dan tingkatkan iman aku dan hubby dengan cara bagi ujian camni.So, anyone yang pernah atau sedang hadapi masalah ni?Mungkin boleh share cara atau tempat untuk berubat x kirala moden ke tradisional. Aku tahu penyakit ni sesuatu sukar untuk pulih cuma akan berkurang seiring dengan peningkatan umur. Even doktor pun cakap ni salah satu penyakit kronik dan mungkin kekal sehingga akhir hayat. Cuma sebagai orang Islam aku percaya setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Bezanya cepat atau lambat untuk kita temui penawarnya. Sebagai ibu of course aku teruskan usaha walaupun kadang2 terdetik jugak rasa fed up tapi bila tengok dan dengar kembar cakap sakit aku tahu aku x boleh stop.

Thursday, March 17, 2011

Maid, babysitter @ nursery

Inilah dilema bagi ibu-ibu yang bekerja macam aku. Dulu lepas bersalin kembar, masalah aku selesai untuk tempoh setahun sebulan (tolak pantang 2 bulan) sebab in law aku willing nak jaga. Tupun aku berat hati tapi sebab banyak masalah aku turutkan je. Hidup aku masa tu tunggang langgang. Kat umah during weekdays je. Petang Jumaat lepas keje terus balik Melaka then Isnin pagi balik terus p keje. Kengkadang aku x larat terpaksala el je memanjang. Masa mula2 decided nak tinggalkan kembar kat sana, aku menangis je. Mana x sedih kalau duk jauh dan dapat tengok weekend je. Pagi nak balik memang lencun baju duk menangis dalam kete. Nasibla pagi si kembar x bangun. Kalau x lagi susah aku nak tinggalkan.

Bila kembar dah 1 tahun 3 bulan aku nekad nak jaga kembar sendiri. Masa tupun alhamdulillah aku dah jumpa babysitter yang terus sudi nak jaga Nurin gak sampai sekarang. Cuma mak mertua aku agak keberatan nak lepaskan sebab dia kata biarla sampai cukup 2 tahun dan dah cukup besar nak biarkan orang jaga. Kesian lak aku dengar. Yela, lama tu dia jaga kembar. Tapi aku keraskan hati sebab aku dah x larat nak teruskan hidup yang dah x terurus. Rumah tupun dah macam tempat tumpangan. Aku jugak bersyukur sebab hubby support dan pujuk mak dia.

Ni dilema tu datang lagi kalau aku dah move ke rumah baru. Nak hantar kat babysitter sekarang jauh. Aku kena buat satu pusingan untuk pegi keje dan rasanya dah x sanggup dan penat. Hari tu dah jumpa babysitter baru. Mak kepada cikgu kat tadika kembar. Bila orang baru dan tempat baru, kerisauan tu memang adala. Camanala Nurin nak sesuaikan diri sebab dia dah besar. Lain kalau baby.

Dulu, aku pernah ambik maid untuk tolong mak jaga kembar. Tapi bertahan 3 bulan then aku hantar balik sebab diapun dah memang x nak keje ngan aku. Pertama sebab dia dah tua. Dalam dokumen mention late 30's tapi yang sebenar dah almost 50. Kedua, dia merungut dulu agen janji jaga sorang budak tapi datang2 kena jaga 2. Bukan dia jaga sorangpun, mak mertua aku ada sekali apa. Ketiga, dia merungut lagi kena duk lama kat Melaka sedangkan sebelum tu aku janji untuk sebulan je. Suka hatila aku nak suruh dia duk mana. Kena ikutla sebab dia jaga anak aku. Lagipun rumah aku sekarang belum siap lagi. Aku nak letak dia kat mana kalau bawak dia duk sini. Akupun masa tu duk umah adik.

Keempat, agak pemalas. Bulan puasa mak mertua aku yang kejutkan dia bangun sahur. Then dia tidur balik sampaila kembar bangun. Mak mertua aku x kisah dan x pernah suruhpun dia buat keje lain tapi pandai2la bawak diri dan sedar diri siapa. Cuma aku x pernah nak treat dia macam maid pun. Satu lagi dah dekat nak terminate kontrak dia, makin pemalas. Suruh buat susu kembar dia boleh cakap x payah. Budak2 x lapar. Last2 mak mertua aku yang buat. Sampai menangis orang tua tu kenangkan layanan kat cucu dia.

Kelima, dia cukup panjang langkah. Mana x nya. Dia dah biasa kat Malaysia, dah lama kat sini. So, memang dah tahu selok belok jalan kat sini. Aku memang bagi cuti setiap Ahad. Kadang Sabtu petang dia dah keluar dan balik Ahad petang atau malam. X kisahla sebab weekend aku ada. Aku tahu dia memang x selesa nak duk lama2 ngan mak mertua aku sebab ada orang boleh tengok keje dia. Majikan lama serah 100% hal anak2 dan rumah kat dia. Pas tu selalu bawak duk hotel bila pegi kursus atau meeting. Memang berlagakla. Tu sebab dia merungut macam2.

Sebelum tamatkan kontrak aku confront dia. Tapi biasala banyak dolak daliknya. Ikut hati mahu aku tampar je muka dia. Bila dah hantar balik, aku rasa aman sangat. X payah nak pening2 lagi. Tapi ada kisah lain lepas dia balik. Xpela. Biarla aku simpan je kisah tu. Menakutkan dan buat aku serik. Cuma bila dah lama, aku ada terfikir nak ambik maid balik. Bukan apa, ni anak2 dah nak masuk sekolah rendah. Aku lak selalu gak kerja luar. Kalau ada maid memang banyak gak save cost. Anak dan rumahpun terurus. Tengokla sampai mana aku boleh bertahan.

Cakap pasal nursery, aku pernah cuba untuk tempoh 2 minggu hantar Nurin dan kembar lepas habis pantang sebab masa tu babysitter aku ada problem. Yang ni memang aku serik teramat. Kalau ada pilihan, memang aku xkan sesekali pilih nursery. Tapi mungkin juga nasib aku x baik dapat nursery camtu. Pertama, setiap kali ambik kembar mesti merungut lapar. Kedua, ambik petang ketiga2 mesti poo2. Kalau Nurin mungkin x perasan sebab bau x kuat. Yela baby lagi. Tapi kembar dah 2 tahun. Dah makan macam2. So faham2 la baunya. Xkan x tercium baunya.

Ketiga2, Nurin dapat diaper rashes yang teruk sampai kena infection. Begitu jugak mulutnya. Keempat, kembar kerap selsema dan batuk. Pas tu hisap puting. Siap ada bantal busuk lagi. So, setiap kali hantar kembar akan bawak bantal busuk, puting dan aku akan bekalkan dengan few saputangan. You know what? Puting dan sapu tangan akan diikat kat bantal dengan alasan x nak bagi hilang. Just imagine, kembar akan bawak bantal ke mana2 so automatically bersekali ngan sapu tangan dan puting. Kalau di seret x ke kotor pastu sumbat masuk mulut. Aku paling x boleh nak terima camana kembar nak hisap puting sambil peluk bantal. Kesian anak aku. Aku x complain sebab takut lagi teruk layanan. That's why cukup 2 minggu aku hantar anak2 aku balik kat umah babysitter.

So, kalau ikutkan aku dah ada experience dengan ketiga2nya walaupun untuk tempoh yang singkat except babysitterla. Kalau tanya aku setakat ni babysitter paling baik. X perlu nak risau camana keadaan anak. Tupun, tengok gak. Alhamdulillah, aku dapat babysitter yang amat sukakan budak2. Bahkan dah jaga anak aku macam anak sendiri. Cuma, lately ni kat paper banyak kes baby meninggal sebab tercekik susu regardless nursery @ babysitter sampai aku terfikir semua yang terlibat, are they really sincere untuk jaga or just for money. Some more, ada yang xde experience jaga baby. To those parents involved, banyakkan sabar menerima dugaan ni. Insyaallah, Allah dah janjikan syurga untuk bayi kalian dan semoga bertemu kembali di sana. Al-Fatihah.

Wednesday, March 16, 2011

Lee Chong Wei Menang Lagi

Tahniah Dato' sebab berjaya pertahankan gelaran All England buat kali kedua berturut2 bagi tahun 2011. Tapi yang paling best sebab tewaskan Lin Dan. Memang admitla Cong Wei is the true warrior. Harap ini merupakan pembuka jalan untuk dia menang emas di Olimpik London 2012.


Sumber: The Star Online

Anugerah Sukan Negara 2010

Tahniah kepada semua yang telah dinobatkan sebagai yang paling cemerlang dan terbaik dalam sukan bagi tahun 2010 di dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2010 semalam.


Olahragawan - Azizulhasni Awang (kali yang ke 2)


Olahragawati - Dato' Nicol David (kali yang ke 8)


Pasukan lelaki - Skuad Hoki


Pasukan Wanita - Squash Berpasukan


Yang lain2 aku x ingat sebab x tengok dari awal. Apapun tahniah jugak kepada calon2 yang telah di shortlistedkan sebab bagi aku diaorang memang terbaik dan layak. Congratulation guys.

Bila Nurin Mengamuk


Saja nak letak gambar Nurin bila tengah mengamuk. Sampai merah2 mukanya. Gambar x berapa clear sebab guna camera hp je.

Our New Clan

Memperkenalkan ahli keluarga aku yang baru. Oooppsss....bukan anak aku ye. Ni anak k.li aku yang kedua. Sebenarnya dah lama bersalin. Dah nak habis pantangpun tapi x sempat nak upload gambarnya. Welcome my dear Rayyan Ong bin Ridzuan Sunny Ong Abdullah


Tuesday, March 15, 2011

Monday Blues

Pagi yang gelap kini sudah terang.....lalala.... Ni lagu sapa ye?Lirik yang catchy dan simple sebab tu boleh terngiang-ngiang kat telinga. Tambah lak memang related ngan kejadian yang berlaku di pagi Isnin yang mula2 gelap sebab pagi lagi kemudian makin cerah tapi gelap balik (pada pandangan mata aku je) sebab peristiwa yang berlaku. Kalau x faham, jangan baca ye.


Alkisahnya, pagi semalam selepas hantar askar dan serikandi kat umah babysitter, aku macam biasa dengan semangat waja terus drive p keje. (Almaklum Monday Blues). 'Kebluesan' aku bermula bila hampir sampai ke simpang nak masuk ke Silk Highway. Aku memang x pandang langsung ke kanan sebab tahu aku di jalan yang benar. Lagipun of course aku kena concentrate yang kiri sebab dah nak keluar simpang yang sememangnya menghala ke kiri.


X semena-mena aku rasa kereta bergoyang. Sah memang sah. Kereta aku kena langgar ngan motor. Terpaku sekejap sebab out of nowhere tiba2 je motor tu boleh lalu depan aku dengan laju. Sepatutnya dia kena stop sebab tu memang jalan aku. Dahla jalan yang dia lalu tu untuk orang yang nak keluar simpang bukan masuk. Perkara pertama aku buat aku terus tolak gear ke P. Kemudian macam baru tersedar sebab ada kereta hon baru aku move balik. Rasanya xde orang perasan ngan insiden tu sebab sepantas kilat je jadi kereta lain cam pelik tengok aku boleh stop tiba2 kat tengah jalan.


Nasibla hubby ada kat belakang. Terus aku stop kat tepi jalan. Motor tu terus belah tapi sempat passenger belakang pandang aku. Aku ngan hubby x sempat nak tengok plet motor tu. Cuma hubby nampak tempak letak kaki je yang tertanggal. Kena sumpah berbakul2 la. **$%%^^. Aku doa biar Allah balas balik apa yang dia buat kat aku. Teruk jugak kena bumper sebelah kiri. Confirm melayang lagi $$$$ sebab bumper dah pecah. Kalau aku pecut masa tu memang dah jadi arwah dua2 ekor malaun tu. Melambungla sebab aku ngan dia tengah laju. Tapi macam member aku cakap Allah masih sayangkan aku sebab kalau dia meninggal, kena jadi pelanggan tetap kat mahkamah lak.


Sebenarnya sebelum ni hubby pernah kena langgar ngan kereta kat lokasi yang sama. Nasib dia sempat brek tapi kena jugak sikit. Motor terbalik tapi dia sempat lompat. Lagi sakit hati yang kereta tupun sama boleh blah je macam xde apa2. Driver tu siap tengah bercakap telefon lagi. So, pagi ni nak p keje memang agak trauma nak lalu situ. Aku bawak slow je then sampai kat crime scene area (macam CSI la pulok) automatik kaki tekan brek. Matapun melilau je kiri dan kanan. Fobia ooooo......


Nila kesan lepas kena langgar