Tuesday, July 13, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari

Semalam dalam paper The Star, ada satu ruangan khas yang bincang pasal cadangan untuk bagi cuti bersalin kepada penjawat awam sebanyak 90 hari. Ramai yang kemukakan pendapat berkaitan isu ni termasuk academician. Kalau tanya aku of course aku akan sokong. Pertama sebab aku wanita dan ibu. Kedua sebab aku wanita dan ibu. Ketiga sebab aku wanita dan ibu. Ramai yang membangkang especially golongan yang x beranak. Di antara alasan yang dikemukakan adalah:


1. Produktiviti akan menurun sebab manpower dah berkurang.
2. Meningkatkan beban kewangan sebab terpaksa bayar double samada kepada yang tanggung kerja atau kalau terpaksa hired pekerja sambilan.
3. Sesetengah pihak anggap ibu yang baru bersalin hanya berseronok cuti kat rumah sedangkan orang lain bertungkus lumus buat kerja tapi gaji tetap jalan.
4. Dah bagi cuti 60 hari mintak lebih-lebih lagi. Apa orang kata dapat betis nak paha.


Kat sini aku nak turunkan pandangan sebagai orang yang dah ada 3 anak:


1. Ibu yang baru bersalin perlukan lebih masa untuk pulih. Macam aku yang bersalin kembar dan operate lagi lama masa yang diperlukan. Kami hilang banyak zat dan nutrien dalam badan especially dengan kehilangan darah semasa bersalin dan berpantang.
2. Kami perlukan masa untuk adapt dengan suasana baru, kehadiran orang baru. Bukan hanya fizikal tapi jugak mental. Kalau x, xkan ada orang yang meroyan.
3. Sepanjang cuti bersalin, bukan masa kami berseronok. Rehat x cukup. Tido malam jangan cakapla. Kalau baby buat hal maksudnya x tidola. Tapi biasa yang kena tanggung ibula.
4. Kata nak galakkan penyusuan susu ibu. Tapi ramai yang fed up nak teruskan sebab tuntutan masa yang x mengizinkan apabila dah mula kerja.
5. Dari aspek nak kenalpasti nursery atau tempat jagaan yang terbaik untuk anak. Kadang-kadang bila dah bersalin baru kita boleh kenalpasti yang anak kita perlukan penjagaan yang tertentu. So memang ambik masa untuk tentukan tempat yang bersesuaian. Tempoh 3 bulan walaupun masih x cukup tapi sekurang-kurangnya secara fizikal baby sudah cukup kuat untuk penjagaan orang lain.


Ni hanya pendapat aku. Maybe yang lain ada pandangan berbeza. Kalau lihat negara maju yang lain banyak yang bagi priority dalam aspek penjagaan ibu dan anak. Apapun, final decision tetap di tangan pembuat dasar. Sebarang keputusan berdasarkan justifikasi dan kriteria yang tersendiri mengambil kira kepentingan semua. So, tunggu dan lihat jela.

No comments:

Post a Comment