Sunday, October 24, 2010

Seribu Satu Kisah

Hmmm......camana aku nak mulakan cerita ni. So many things to share but with very limited time, dengan kering idea lagi menjadi punca blog ni dah berlapuk. Alasan kan. Okla. Apapun, entry very caca marba sebab aku akn ringkaskan semuanya.


Cerita Hari Raya

Cerita yg dah basi. Tapi x salahkan sbb apa je story xde dateline. Raya tahun ni biasa je. Bahkan rasanya terlebih biasa dari biasa. Kali ni raya kat Melaka dulu. Memang meriah sebab semua ada except my BIL yang balik raya ke 3. Tapi yang x best MIL dan incik hubby demam raya ke 2. So, lepak jela kat umah. Aku plak sbb kebetulan dan bendera merah 2 days before eid, maka hari mantai tu tukang merasa semua makneka hidangan raya. Apa lagi toilet jadi teman setia. Seksa betul. Memang dah jadi rutin setiap kali raya. Nasibla MIL dah simpan Pil Chi Kit kat umah. Raya ke 5 balik ke Terengganu. Lagi sekali aku kena serangan 'ulang alik ke toilet'.ntah apa kena perut ni.


Tapi semua tu ada hikmahnya. Tell u what. I lost almost 5kg during ramadhan until eid and my weight still remain at .......oopppsss. Tapi lega sbb sekurang2nya hasrat nak lose wight tu dah t'capai. Cuma yang takut kalau tiba2 naik mendadak. Balik cuti raya, anak2 lak demam. Kembar yang demam ok lagi. Tapi Nurin back to the same problem. Merengek, menangis x tentu masa. T'paksala aku cuba alternatif lain. Dugaan betul. Percaya atau tidak, Jin dan Syaitan sentiasa ada mengganggu anak adam. Tu hakikat yang kita x boleh lupakan. Cuma kita percaya Allah ada dan
lebih berkuasa.

Open house? Tahun ni paling banyak jemputan dan aku merajinkan diri cuba penuhi semuanya. Hehe... satu sebab aku malas nak masak (nampak sangat pemalas). Tapi sebenarnya, sbb orang dah jemput, rasa ralat kalau x pegi (konon nak tunjuk diri aku suci). Betul apa. Cuba bayangkan, kita dah jemput tapi org x dtg. Dahla dgn makanan banyak. X ke membazir. Anak2 buah aku tanya bila turn aku, aku cakap tunggu next year. Nanti buat besar-besaran (macam riak jekan)..


Konvensyen KIK di JB

Balik cuti raya, aku dah sibuk dengan konvensyen KIK di JB. Almaklumla, dah 2 @ 3 tahun berturut unit aku kena jadi urusetia. Peringkat Kebangsaan u. Rasa macam x terkejar sbb masa dah suntuk sangat. Mana nak settle lagi tugas hakiki yang lain. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi biasala. Ada cacat celanya. Cuma sbb aku dikurniakan dengan team yang dedicated and gave full commitment semua yang negatif tu aku pejamkan mata je. Biasala bukan mudah nak puaskan hati semua orang.


Apapun, aku puas hati sbb speech for the closing ceremony diklasifikasikan sebagai ok. Hehe.... puas hati for the first timer cam aku. Nanti kalau rajin aku upload gambar masa konvensyen tu. Siap ada dinner atas kapal u. Seronok belayar jela dari Danga Bay ke Tambak Johor. Makanan???? So and So je.


Apapun, di sebalik crite yang best ada x bestnya. Aku pergi ke sana dalam keadaan kurang sihat. X tahu mana silapnya aku muntah2 dengan teruk on the day before went to JB. Lembik rasanya. Langsung x boleh makan. Kat sanapun aku gagahkan diri je. Kang kalau x muncul2 kat bilik urusetia apa kata anak2 buah aku. Diaorg penat2 keje, aku pulak macam pegi holimoon (holiday + honeymoon). Lupa nak mention aku angkut sekali hubby dan anak2. Dah habis crite muntah, last day kat JB kena cirit birit plak. Aku ingatkan gastrik tapi doktor cakap food poisoning. Masa tu terfikir gak kot2la isyarat nak tambah ahli keluarga lagi. Tapi belum rezeki.


Cerita 20/10 dan jalan2 ke Muar


No special occasion on that day but on 21/10 kita dikejutkan dengan kemalangan dahsyat dekat persimpangan Tol Simpang Ampat. Takziah aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa. To those survival, get well soon and try to move on. Ada hikmah tersembunyi daripada semua ni. Rabu petang, aku baru je sampai kat umah. Tiba2 dapat call yang informed that one of my staff just lost her beloved sister, also in accident. Bila dengar dia bercerita, aku pun boleh rasa perit dan sayu nak terima realiti tu. Betul apa dia cakap. No doubt, every human being will die. Tapi cara kematian tu yang kadang2 menghantui kita. Setiap saat dan ketika aku panjatkan doa agar terus kekal dalam iman dan dipermudahkan semasa Malaikat Maut nak menjemputku. Insyaallah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada kecanggihan dunia IT sekarang ini terutama FB. Jangan salah faham ye. Aku x taksub dengan FB ni. Tahu guna pun yang basic2. Tapi sebelum raya hari tu aku dapat jumpa balik dengan kawan lama yang dah terlalu lama lost contact. Rasanya dah almost 20 tahun x berhubung. Masa kat Terengganu nak jumpa, Allah belum izinkan. So, hari tu aku dapat undangan dari Saadah untuk hadiri kenduri doa selamat. Dia dah dipanggil untuk turut sama menunaikan Rukun Islam ke 5.


Kalau setakat kenduri biasa, mungkin aku liat sikitla. Tambah lak baru seminggu balik dari Johor. Tapi aku nak sangat jumpa sebelum dia ke Mekah. Alhamdulillah, hubbypun setuju nak tunaikan hasrat aku. Walaupun kejap je jumpa dan x sempat borak panjang, tapi aku puas hati. Saadah ni kira one of my best friend. Aku doakan dia selamat pegi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan agar aku juga dapat jejakkan kaki ke sana menjadi tetamu Allah very2 soon.


Hasif dan asma


Last wednesday, ambik budak2 kat umah babysitter, aku tengok Hasif dah lain. Nafas cam tersekat. Cakap ngan Hubby bawak jela ke klinik. Doktor kata bukan setakat asma tapi dah dapat jangkitan kuman. So, dia terus siapkan referral letter. In case getting worst terus bawak pegi hospital. Malam tu, Hasif still x boleh tido. Biasanya, lepas dapat gas dia dah ok. Next day, aku ada jemputan ke majlis konvo student KSKB SB tapi hati ni memang rasa x senang. Aku inform hubby nak bawa Hasif ke Hospital after habis majlis. Kebetulan hubby pun dapat mc sebab demam.


Jumpa specialist, confirm kena warded. Tapi aku mintak untuk terus monitor kat umah. So, specialist agreed with two conditions. Make sure he took all the necessary medication and bring him for every 6 hours to the hospital for the gas. Aku setuju je. Leceh nak warded ni. Nak temankan dia kat hospital, lagi 2 orang tu nak tengok gak. Cuma penatla sebab kul 12 malam sekali gas, then 7 am next morning. Lepas tu on friday morning tu bawak lagi untuk follow up. Terpaksa cutila. Like yesterday, specialist tanya nak warded or follow the same routine. So, I opted for the 2nd one. So, the routine continue at 12pm, 6pm, 11pm and 7 am. This morning, specialist satisfied with his progress.


So, sekarang continue dengan inhaler kat umah for every 4 hours for two weeks. Another inhaler twice a day, every day. Add another medication, singular pill, continue with the 10ml medication + finish the antibiotic. Another thing, the specialist also gave treatment for the eczema. Thank god. Now, his skin is getting better. Tapi sekarang aku pulak yang x sihat dengan selsema dan batuk. Masa mengarang ni, dah lebih 10 x aku bersin. Dahla next week nak PTK.


Bajet 2011

Woohoo..... Cuti bersalin dah lulus 90 hari. Boleh la plan for the next. Macam aku okla nak ambik 90 hari ni. Yela, dah sah2 this is the last one. Tapi kalau dibenarkan sekali lagipun, cukup lagi nak ambik 90 hari. Yg malag sikit untuk yang nak bersalin 1st baby. Susah sikit nak plan. Ditakdirkan dapat lebih dari 3 anak mau kena ambik cuti tanpa gaji. Maklula anak ke 3 dan cuti 270 hari. So, memang kena pandai2 planla. Apapun, bersyukur sangat sbb kita ada fleksibiliti nak ambik 60 ke 90 hari tu.


Lagi satu, rasa release gak sebab PTK dah mansuh. But, those yang dah di panggil untuk sesi tahun ni still continue dan aku adalah orang yang paling 'bertuah' tu. Huhu...ikut hati xde perasaan nak ambik PTK. Dengan x sihat dan haru biru hidup ni. Satu bendapun x prepare lagi (Tapi nak blogging sempat lak). Redah jela. Bukan apa. Sistem yang baru tu x tahu lagi bentuk camana. Sekurang-kurangnya, kalau dah lepas + lulus, aku dah x payah fikir lagi nak ambik next year. Good luck untuk aku. Okla. Dah nak tido nanti sambung dalam next entry.....

No comments:

Post a Comment