Wednesday, May 26, 2010

Work cum Holiday 2

Okeh. Kita sambung story.

Saturday morning aku bergerak balik Terengganu dalam keadaan x keruan (ni Malay ke Indon ye. Lantaklah)Hasif demam dan Hazwan pun dah berjangkit. On the way tu banyak kali berhenti. Tu semua gara2 nak cari coolfever. Nasib Hazwan x teruk. Tapi Hasif memang x kebah langsung. Last2 aku buka semua baju dan seluar. Sampai kat Terengganu terus p farmasi nak cari ubat bontot. (bukan lucah ye). Tu je pilihan sebab dia x nak makan ubat.

The next day, around 10 aku dah ke hotel. Nasibla budak2 aku semua dedicated. Dia orang yang banyak settlekan dari segi seating arrangement, folder mesyuarat, kad jemputan untuk dinner etc. Credit to them. Masalah mula timbul bila nak check in. Hotel janji by 12.30 boleh check in. Rupanya tu semua janji palsu. Kebetulan ada another program kat hotel tu. So, ada yang check out pukul 2. At the end, ramai yang masuk meeting pakai seadanya jela sebab meeting start kul 2.30 Aku dah nak mengamuk. At the end kul 5.30 baru semua boleh check in. Kata 4 star hotel tapi service cam 1 star. Serik rasanya. Nasib baik x kena bambu ngan all the ahli mesyuarat.

Satu lagi insiden mengenai ahli mesyuarat. Pengerusi ada tanya few yang x turn up lagi petang tu. Terpaksa kami urusetia call tanya kenapa belum sampai. Based on the borang pengesahan kehadiran, supposed ada la dalam meeting. Kebetulan member aku 1 flight dengan yang datang lambat ni. Dia orang boleh claim x tahu pasal meeting ptg ni. Siap boleh cakap x terima aturcara meeting ptg. X angin kau dengar. Kita dah email, fax, pos. Apa lagi yang x terima. Yang peliknya orang lain terima camana 'group serpihan' ni boleh cakap x tahu. Dah geram aku bertekak gakla. Aku tunjuk surat panggilan mesyuarat siap ngan lampiran berkenaan. Tapi biasala orang dah salah. Mesti x ngaku. Member aku dah mintak aku sabar. Mana boleh sabar. Bukan dia orang tahu penat lelah nak buat semua tu. Peduli la kalau dia orang gred apapun. Salah tetap salah dan should be responsible la.

The next day, meeting okla. Yang x ok cuma aku. After lunch aku dah rasa semacam. Tapi dah kena baca minit mesyuarat then jadi pencatat minit, aku tahan gakla. Tapi dalam kul 5, aku dah x mampu nak teruskan. Aku bagi isyarat kat budak2 aku dan naik ke bilik. Sampai kat bilik apa lagi terus keluar semua isi perut. Lembik rasanya. Tula penangan x cukup rehat. Apapun, orang kata kita belajar dari pengalaman. Apa yang x elok kita jadikan panduan supaya kita x buat benda yang sama. Ok. Chow.....

Tuesday, May 11, 2010

Work cum Holiday

Dah lama nak story tapi malas teramat.Last april was a very tiring month. I have 2 big meetings that was held back to back. The 1st one, I was part of the ahli wajib. Then after that jadi urusetia. Yang part jadi ahli wajib tu not a really big deal. But, yang jadi urusetia tu buat aku and the whole unit macam separuh mati.

I was informed by my immediate boss regarding that big meeting 2 weeks before and my unit was the chosen one to incharge for that meeting. Tempat meeting kat terengganu. Sebab tu tajuk aku letak work cum holiday. Bolehla balik kampung sekali. Kira co-host dengan terengganu dan early plan to have 3 in 1 meeting. Maksudnya dalam 3 hari 3 meeting yang berlainan but will be chaired by the same person.

Can u imagine within that time given, kena cari hotel, dapatkan maklumbalas minit mesyuarat,senarai kehadiran, arrange dengan terengganu dari segi logistik untuk persediaan mesyuarat, dan bla,blaa, bla.... Masa ni memang menuntut kreativiti dan kepantasan berfikir. Yela, benda last minute ni memang banyak benda yang 'unsangkarable'.

Mula2 pasal hotel. Dah meeting melibatkan orang besar jadi tastepun mesti besar. Suggestion yang awal adalah to go for ryaz heritage. Survey punya survey x jadi sebab too costly. Bagi yang bos2 lepasla tapi kami urusetia x layak. Lagipun kalau diikutkan dalam keadaan gawat ni x digalakkan buat kat hotel. Tapi dah request kenala hamba yang menurut perintah. Finally, pilihannya adalah hotel primula. Lagipun, kat terengganu mana ada banyak pilihan. Tapi masa sesi perbincangan kat terengganu, sempatla gak melawat ryaz tu. Kiranya tepatla pilihan x pilih tempat tu. Bagi aku kurang sesuai sebab kena jalan jauh dari bilik ke meeting room.

Then, masalah timbul on minit mesyuarat. Meeting will start on Sunday. Thursday morning I received one call from one of Ketua Bahagian asking about the minit mesyuarat. After explaining a little bit, dia mention minit mesyuarat tu dah salah. Yang aku minta maklumbalas tu adalah untuk satu mesyuarat khas yang xde kena mengena langsung dengan upcoming meeting. X terkedu ke kau dibuatnya. Dahla before end conversation dia punya statement 'u continue jela dengan whatever yang u do'. Then terus hang up. Aku bengang + marah. Mana taknya. Aku diberitahu tula minit mesyuarat yang betul. Then cara dia cakap macam aku salah lak sedangkan bukan akupun yang pegi masa last meeting. How do I know which one which. Yang buat aku tambah bengang kenapa last minute baru inform sedangkan benda tu dah email lama. Maknanya dia baru bacala. Tapi yang pelik dan ajaib aku dapat maklumbalas untuk minit mesyuarat yang salah tu dari anak buah dia. So, apa maknanya? Lu fikirla sendiri. Tapi bagi aku tu maknanya kau x communicate dengan orang bawah.

But, at the end terpaksa gakla dapatkan minit mesyuarat yang betul, edit balik ke format maklumbalas then email to everybody. Dahla hari jumaat tu dah ada state yang cuti. Nasibla immediate bos aku tururt membantu calling2 member2 dia.Aku skip jela meeting yang tengah berjalan. Pada masa sama nak kena update senarai kehadiran untuk confirm transport ngan orang terengganu. Selaraskan talking point. Siapkan folder, buku program, token etc.

Dalam pada tu ada satu insiden berlaku. Aku call one person ni untuk dapatkan feedback. Sekali dia marah aku balik sebab dia kata minit tu salah dan dia salahkan aku sebab anggap aku urusetia. Dah bengang aku explain la kata minit tu last urusetia yang uruskan. Pas tu aku selamba je cakap kalau xde maklumbalas aku tinggal kosong jela. Lantakla. Baru gred tinggi sikit dah nak berlagak.

Yang buat aku lagi penat, hari khamis tu baru tahu ada tambahan 7 ahli baru. Kelam kabutla untuk call dan email surat panggilan mesyuarat. Then kena mohon kelulusan baru, booking bilik, confirm kehadiran. Aku hari Khamis dan Jumaat tu memang dah nak pengsan. Mana nak siapkan maklumbalas, check barang2, siapkan talking points dan mcm2 lagi. Dahla tu, tengahari Jumaat, babysitter aku mesej Hasif demam panas. Aku dah nak balik tengahari tu tapi kesian lak kat budak2 aku bertungkus lumus siapkan keje. At the end lepas keje aku kena balik gak sebab temperature x turun2. Malam tu budak2 aku balik dalam 9.30 malam.

Ok....sambung 2nd part.

Thursday, April 15, 2010

Bengang dan Marah

Pagi ni masuk keje dah kena marah. Dahla semalam penat naik turun flight. Bukan pegi jauhpun. Terengganu je. Tapi sebab balik hari memang rasa nak pengsan jugak. Dahla kepala aku 2-3 hari ni x berapa betul. Pembetulan ye. Bukan x betul sebab dah hilang skru tapi asyik pening je. Duduk dan baringpun kadang pusing. Nak pegi check blood pressurepun x sempat lagi. Punca aku kena marah sebab kebetulan 1st boss cari nak tanya feedback dari Terengganu. Aku kebetulan lambat sikit breakfast hari ni. Bukan makan kat situpun. Tapau je. Baru 5 minit aku turun. Sekali 2nd boss aku call marah2. Aku terus naik. X sempat belipun. Biasa aku kat situ dari 7.30 xde lak sape2 cari. Lagipun aku bawa hp. Call jela. Apa masalahnya. Agaknya dia dah kena marah. Tu yang dia marah aku.


Lepas tu aku dapat call dari 1st boss. Ok je. Xde lak kecoh2. Mamat tu je yang lebih. Lepas tu tahu lak rasa bersalah. Panggil aku boleh lak nak gelak2. X kuasa aku nak layan. Dah habis bincang aku bangun nak keluar. Mamat tu siap cakap laju nak keluar sebab ada hal lagi. Aku cakap banyak lagi keje aku. Nak bagi maklumbalas mesyuaratla tula nila. Betul2 spoil mood aku 1 hari ni. Lepas ni xdela aku nak berborak2 lagi dah ngan dia. Bukannya aku nak sangatpun. Dia yang rajin datang melawat bilik aku dan pegawai aku. Paling tidak dia akan panggil pasal keje pastu sambung crite melalut2. Bosan betul.


Lagi 1 ni aku bengang ngan anak nurse yang baby sitter aku jaga jugak. Budak tu pompuan sebaya Nurin. Cuma dari segi size memang dia kecikla. Ada ke dia pegi gigit Nurin. Sebelum ni memang dah pernah ada kesan gigit. Tapi xla teruk sangat. Lately ni lagi teruk. Last two days, dahi dan bahu kiri Nurin jadi mangsa. Can u imagine dahi tu boleh gigit. Kan tempat tu keras. Tahu masa bila dia gigit? Nurin tengah baring hisap susu. Semalam lak kat paha dan tangan. Kalau korang boleh sabar tak tengok camtu. Sakit oooo....Kalau anak aku dah lama aku sumbat bawang ngan cili. Babysitter aku dah x tahu nak wat camana. Nak pukul anak orang. Kang mak dia marah lak.


Nurin lak jenis yang x melawan. Lari pun x. Penat aku cakap kat dia lawanla balik. Tapi apa yang budak 2 tahun faham. Si kembar lak bukan nak tolong. Siap boleh cakap padan muka. Lagi 1 boleh cakap nanti Hazim, abang budak tu marah. Padahal hazim tu lagi kecik dari kembar. Hari ni x tahula apa lagi yang kena. Tapi budak ni memang kuat gigit. Abang diapun selalu kena gigit. Aku tahula Nurin tu comel. Hehehe.....matila perasan. So, anybody any suggestion? Kesian aku tengok Nurin. Kesan gigit sana sini. Sesiapa yang ada experience ni maybe can share with me.

Monday, April 5, 2010

Home And Lifestyle Exhibition 2010



Telah berlangsung last week from 1st to 4th April 2010 at PWTC with the theme Perfect Livin' 10. Aku adalah orang yang terjebak untuk ke sana. Tujuannya nak survey few things dan price as well. Early preparation sebab kalau ada rezeki soon I'll move to a new place. Hehehe... tapi yang sedih, progression rumah tu very slow. Hua...hua...hua....so susah nak predict bila boleh pindah. Ikut janji kontraktor by June dah complete ngan CF. Kalau tengok kepada sekarang ni silap2 end of this year. Jangan tiba2 kontraktor lari sebab xde duit sudah. Masa tu mau meraung aku. Na'uzubillah. Hazwan siap cakap 'rumah kita lambat siapkan ayah. Indon x cukup tu'.Ooppsss.....Aku ngan hubby bantai gelak jela. Budak kecik pun dah boleh cakap camtu.







Apala aku melalut ni. Ok back to the story. Lawatan amal aku (kira beramal la sebab tolong bantu peniaga jual barang) end up dengan pembelian cooker brand Kitchmate yang akan guna elektrik. So, aku dah jimat x perlu beli hoob sebab bila masak cara induction atau hi light xde asap then xde jelaga. Bila dikira dari segi cost memang lagi jimat. X perlu lagi nak beli gas then masa masak pun lagi cepat. Cuma kalau tiba2 power supply shut down, kena cari kedai makanla. Yang buat aku lebih tertarik sebab ada extended warranty for 2 years special for this exhibition. Lagi 1, aku dapat extra free gift 1 set periuk dan pan. Okla, rasa berbaloi for long term usage. Anyway, those yang dah guna this product maybe boleh share pro and cons pasal produk ni.

Minta Tolong

Aku sebenarnya dah cuba few times nak tukar template blog aku ni. Tapi hampeh. x pernah jadi. Camana ye kawan2???? Anybody yang terror plz help. Dah follow the instructions pun still x boleh. Kalau ada sesape yang sudi nak bantu plz let me know ye.

Friday, March 5, 2010

Petir

Expert: Don’t take lightning lightly

KUALA LUMPUR: Malaysia is the country with the second highest number of lightning strikes in the world – but Malaysians are still not wary of its dangers, according to an American lightning expert.

“Your country records double the number of thunderstorms than Florida, which gets an average of about 90 thunderstorms daily.

“Lightning is considered the worst natural killer, causing at least 25,000 deaths worldwide each year.

“This is no laughing matter,” Richard Kithil Jr, chairman of the US’ National Lightning Safety Institute (NSLI) told a media briefing yesterday.

The event was organised by the Centre of Excellence on Lightning Protection (CELP) at Universiti Putra Malaysia to promote research, application and education on lightning.

Kithil said no place was safe from lightning. “Only large buildings and fully enclosed vehicles can provide safety,” he cautioned.

“CELP’s aim is to encourage lightning precaution as part of occupational safety and to create awareness among the public,” said Kithil, who is CELP’s advisory committee. He said it was “not amusing” when sport authorities gave wrong safety advice.

source: The Star 3 March 2010

Bila aku baca artikel ni rasa gerun tu memang ada. Selama ni dah banyak kita dengar kes orang kena panah petir. Biasanya kita anggap petir atau kilat jadi masa nak hujan atau tengah hujan. Pelik rasanya kalau dengar ada petir bila masa cuaca ok je. Tapi yang pelik tula yang berlaku. Apapun kita x boleh menidakkan kuasa Allah. Dan itu yang sebenarnya terjadi.

Last year kat rumah parents aku kat Terengganu. Masa tu memang tinggal ma dan abah berdua je. Petang dalam pukul 2-3 tiba2 ma dengar bunyi berdentum kat dapur. Syukur masa tu xde sesape kat situ. Bila tengok syiling rumah macam terbakar. Telefon langsung x boleh guna. Kami adik beradik syukur sangat sebab semua selamat dan cuma rosak sikit je. Tapi bila dikenang memang x dijangka sebab petir tu jadi bukan masa nak hujan. Apapun, ajal maut di tangan Tuhan.

Wednesday, February 24, 2010

Karnival Wow Putrajaya




Berlangsung Last Weekend di Presint 2, Putrajaya.Macam2 ada. Aku pegi kedua2 hari tu. Tapi 1st day pegi kejap je sebab panas dan belum banyak gerai dibuka. Tengokla baju yang berbeza anak2 aku pakai.