Tuesday, July 13, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari

Semalam dalam paper The Star, ada satu ruangan khas yang bincang pasal cadangan untuk bagi cuti bersalin kepada penjawat awam sebanyak 90 hari. Ramai yang kemukakan pendapat berkaitan isu ni termasuk academician. Kalau tanya aku of course aku akan sokong. Pertama sebab aku wanita dan ibu. Kedua sebab aku wanita dan ibu. Ketiga sebab aku wanita dan ibu. Ramai yang membangkang especially golongan yang x beranak. Di antara alasan yang dikemukakan adalah:


1. Produktiviti akan menurun sebab manpower dah berkurang.
2. Meningkatkan beban kewangan sebab terpaksa bayar double samada kepada yang tanggung kerja atau kalau terpaksa hired pekerja sambilan.
3. Sesetengah pihak anggap ibu yang baru bersalin hanya berseronok cuti kat rumah sedangkan orang lain bertungkus lumus buat kerja tapi gaji tetap jalan.
4. Dah bagi cuti 60 hari mintak lebih-lebih lagi. Apa orang kata dapat betis nak paha.


Kat sini aku nak turunkan pandangan sebagai orang yang dah ada 3 anak:


1. Ibu yang baru bersalin perlukan lebih masa untuk pulih. Macam aku yang bersalin kembar dan operate lagi lama masa yang diperlukan. Kami hilang banyak zat dan nutrien dalam badan especially dengan kehilangan darah semasa bersalin dan berpantang.
2. Kami perlukan masa untuk adapt dengan suasana baru, kehadiran orang baru. Bukan hanya fizikal tapi jugak mental. Kalau x, xkan ada orang yang meroyan.
3. Sepanjang cuti bersalin, bukan masa kami berseronok. Rehat x cukup. Tido malam jangan cakapla. Kalau baby buat hal maksudnya x tidola. Tapi biasa yang kena tanggung ibula.
4. Kata nak galakkan penyusuan susu ibu. Tapi ramai yang fed up nak teruskan sebab tuntutan masa yang x mengizinkan apabila dah mula kerja.
5. Dari aspek nak kenalpasti nursery atau tempat jagaan yang terbaik untuk anak. Kadang-kadang bila dah bersalin baru kita boleh kenalpasti yang anak kita perlukan penjagaan yang tertentu. So memang ambik masa untuk tentukan tempat yang bersesuaian. Tempoh 3 bulan walaupun masih x cukup tapi sekurang-kurangnya secara fizikal baby sudah cukup kuat untuk penjagaan orang lain.


Ni hanya pendapat aku. Maybe yang lain ada pandangan berbeza. Kalau lihat negara maju yang lain banyak yang bagi priority dalam aspek penjagaan ibu dan anak. Apapun, final decision tetap di tangan pembuat dasar. Sebarang keputusan berdasarkan justifikasi dan kriteria yang tersendiri mengambil kira kepentingan semua. So, tunggu dan lihat jela.

Bye!Bye World Cup 2010


Jumpa lagi 4 tahun dari sekarang. A lot of suprise, unpredictable results in WC 2010. Congrats Spain. Well done Holland. I'm not a big fan to both teams. Just hope that one fine day, asian teams will be able to hold the prestigious title, to be named as world cup winner. Just like Spain, won for the 1st time and the 1st europe team won outside european continent.


Aku jugak kagum dengan the young talents like ozil and mueller from german. But, really upset with the performance of the big stars such as rooney, robinho, ronaldo. Tapi tula bola. You cannot predict anything until final whistle. I remember during european championship league final (betul ke? lebih kurangla) between MU and cannot remember, MU score 2 goals at the very last minutes (extra time if not mistaken) and won the title. Bye!Bye Vuvuzuela, Welcome Samba.

Wednesday, July 7, 2010

Berapi

Wah....kalau tengok title tu macam ada big disaster je. Memang besarla pada aku. Pagi ni aku ada satu meeting or should I say a discussion mengenai satu projek yang terbengkalai. Towards the end, adala timbul one issue. So, akupun timbulkan satu isu lagi yang related dengan 1st issue (boleh paham ka....kalau x paham buat2 paham jela). Actually, isu tu berkait dengan nak buat satu eventla. Then, aku cakapla kenapa nama aku sorang je yang naik sedangkan lain2 semua hantar big2 boss. Aku cakap kalau boleh x perlu involve kan aku.

Tetiba adalah makhluk yang boleh sound sesuka suki hati dia cakap lebih kurang camnila dialognya:

Aku: X yahla libatkan saya. Xde kena mengenapun. Lagipun semua big bosses yang involve.

Makhluk 1: Eh..eh.. x payah lak. Kenala. Dia ni suka sangat tolak keje (sambil tu tuding jari kat aku)

Makhluk 2: Apa xde kena mengena.

Aku: Yela. Kalau keje xde kena mengena saya tolakla. Kalau tu memang keje saya, no hal (dengan muka senyum plastik nak control bengang)

Hello, aku bukan jenis yang terima bulat2 satu2 arahan. Member aku cakap kat sini memang camtu. Mana2 keje suka hati je arah anybody je buat. Pas tu kalau x tahu tu keje sape, unit aku la jadi mangsa. Dah jadi tradisi memang unit aku akan involve. Aku x nak pegang pada tradisi yang x betul. Yang memang boleh buat orang teraniaya.

Tambah bengan sebab ada 2 orang anak buah aku yang involve sekali. Kalau ini event unit aku, fine. Tapi ni event Kementerian. Libatkanla everybody baru boleh cakap fair and square. Ntahla. Benda2 camni yang buat aku fed up. Dapat bos lak yang jenis x firm. Kejap timur. Seminit kemudian barat. Pas tu utara. Lagi berapa minit dah selatan lak. Pendek kata seluruh pelosok dia pusing but at the end, keputusan x dapat2 gak. Mana x berapi2.....

Friday, June 25, 2010

Semalam di KLIA

Semalam aku cuti. Hantar abah pegi umrah. Kali ni abah sorang je yang pegi. So, berkampungla kat KLIA. Ni semua gara2 agen inform kena ada kat sana dalam pukul 11 pagi. Dah sampai sana rupanya pukul 1 ptg baru berkumpul. Nasib baik ada playground kat situ. Selamatla anak aku dan anak K.Li dilepaskan macam anak kambing terlepas kandang. Aku ngan K.Li apalagi merayau2 dan mencuci mata kat kedai2 situ. Alhamdulillah, pagi ni abah dah selamat sampai di Jeddah. Doa kami semua, abah selamat pegi dan pulang. Semoga dapat melaksanakan umrah dengan sempurna dan tenang beribadat di sana.
Nurin dah lupa mama sebab syok main


Wajah kesayangan hamba


Ayah sabar ye layan Nurin



Ma dan Abah


To'ki bersama K.Li dan Cucu2

Sunday, June 20, 2010

Hari Terbuka TUDM

Bertempat di Markas TUDM Sg. Besi (Betul ke Markas?Hentam jela) on 20th June 2010.X plan nak ke sana. Saja jalan2 then nampak cam ada function kat situ. Apa lagi, singgahla. Nak penuhkan aktiviti hari ahad. So, enjoy the pics......





Wednesday, June 16, 2010

Hutang

Bercakap tentang hutang rasanya semua orang pernah berhutang. Mana taknya. Zaman sekarang kalau setakat makan gaji mesti berhutang. Hutang rumah, kereta, personal loan, hutang along(walaupun dah diberi amaran berkali2, still ada yang x serik). Bagi aku walau macam mana banyak hutang, yang penting sebelum buat hutang muhasabah diri. Mampu ke x nak tanggung beban nanti. Tapi janganla sampai saving xde langsung.

Tapi yang aku x faham kalau orang berhutang dengan orang yang lain. Jumlah mungkin x banyak. Tapi nak bayar bukan main liat. Masa nak pinjam merayu2 dan penuh dengan janji manismu. Dah senang sikit, langsung buat2 lupa. Esok, Allah tarik betul2 anugerah ingat tu langsung nyanyuk. Dah tu muka x tahu malu. Selamba je. Bila tanya banyak la alasan di bagi.

Dah naik pening nak berdepan ngan orang camni. Dulu kita tolong kerana Allah sebab kesian dia tengah susah. Yang lagi pelik kadang2 tu, bila minta dia kata belum ada duit. Tapi tup!tup! sofa dah beli lain, tayar moto dah tukar baru. Pendek kata dah x nampakla kesususahan dia tu. Bukan nak mengungkit tapi sedih dan bengang sebab dia x kenang aku banyak bantu masa dia tengah susah. Sampai satu masa aku pernah belikan beras sebab dia kata dah xde duit nak beli beras.

Apa lagi nak buat. Kita lak dah naik malu nak minta. Dah macam peminta sedekah. Nak halalkan aku memang x sanggup. kalau seringgit dua bolehla. Tapi ni berpuluh ribu. Sekarang aku dah ambik sikap tunggu dan lihat. Kalau betul memang dia x nak bayar, biarla dia dan keluarga dia (sebab bersubahat) tanggung kat akhirat kelak. Mungkin ada hikmahnya Allah nak duga aku camni. Kalau ada bloggers yang ada masalah cam aku boleh share pengalaman or maybe ada cara nak tuntut hutang balik.

SUKMA 13



Sukan Malaysia @ SUKMA datang lagi. Kali ni Melaka yang jadi host. Bila bercakap tentang SUKMA ni banyak nostalgia sebenarnya. Aku sempat merasai suasananya sebanyak 3 kali. Penang, Sabah dan last sekali kat Negeri Sembilan. Maklumla keje dengan atlet so berpeluangla nak merasai bahangnya. Mungkin x la sehangat Sukan SEA @ big event yang lain. But, u will learn and experience many things.


Walaupun, x directly involve dengan atlet, tapi kat sini kita boleh memahami dan mendalami especially bila berkait dengan emosi. Yela, most of them yang involve adalah teenagers yang age below 23 (memang syaratpun) dan kebanyakan masih sekolah. Tapi satu perkara yang buat aku kagum adalah semangat dan pengorbanan the young athletes. Life, of course x sama dengan remaja lain. Mana masa untuk study, training. Memang perlukan sokongan dan pengorbanan termasuk parents jugak.

Apapun, bagi aku SUKMA ni merupakan platform yang betul untuk kita mencungkil bakat-bakat baru. Sebenarnya ramai atlet yang lahir dan cemerlang masa SUKMA ni. Cuma diharapkan, bakat-bakat tersebut x berkubur bersama tamatnya edisi SUKMA. Aku ada dengar cadangan untuk mengadakan SUKMA every year instead of once in two years. Bagi aku kalau mendapat sokongan semua pihak samada government or private sector especially dari aspek penajaan so why not.


Ok, all the best to all the young athletes. Teruskan perjuangan yang sudah hampir ke penghujung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Chaiyok!Chaiyok!Chaiyok........