Wednesday, January 12, 2011

Picture on 3rd January 2011

Saja nak tempek gambar masa 1st day hantar kembar ke tadika.


Mama pun nk menyibuk



Wajah-wajah selamber







Sebelum ambik kembar

Wednesday, January 5, 2011

Hari Pertama Kembar

X sempat nak kongsi reaksi kembar pada hari pertama sekolah. Dalam 6.30 pagi hubby kejut. Hazwan cukup senang bangun. Hasif je liat sikit. Tapi semua ok. Mandi, pakai baju dua2 nampak excited. Then dalam 6.50 keluar rumah, sampai sekolah kul 7.15. Masih x ramai lagi yang datang. So, kami lepak kat luar jela. Then, baru perasan senarai nama student ikut kelas. So, memang kena splitla sebab masa register cikgu dah mention kembar letak lain-lain kelas. Kalau letak sekali takut dia x berkawan nanti. Istilah yang diguna adalah 'twin syndrome'. Hasif di kelas Ali dan Hazwan Uthman.

Bila start taklimat, semua dah kena masuk kelas. Lepas taklimat dah habis, cikgu minta semua parents bersurai @ kalau nak tunggu kena duk luar. Aku masuk jumpa Hasif dan Hazwan. Nak tahu, aku yang menangis. Rasa sebak sangat. Tapi aku tahan.Kang dua2 tu melalak lk. Cuma bila hubby masuk jumpa Hasif, air mata dia meleleh sikit. Hasif ni memang sensitif sikit. Tapi Hazwan relaks habis.

Dah sampai kat kereta memang aku menangis. X tahula kenapa sedih. Mungkin ni perasaan tengok anak mula masuk sekolah. Xpun aku yang terlebih sensitif. Yela semua terfikir masa tu.Camana nk lepaskan anak untuk berdikari. Mandi, makan, pakai baju semua sendiri. Sebelum ni rumah babysitter lain situasi. Tapi alhamdulillah semua ok. Petang dalam 5.15 kami dah sampai untuk ambik kembar.

Cuma malam tu, Hasif cakap dia x nak p sekolah. Aku dh start risau. Aku dan hubby pujuk dia cakap kalau nak pandai kena p sekolah. Nanti boleh belajar solat, doa, dapat ramai kawan. Lagipun x kesian ke kat Hazwan kena p sekolah sorang2. Lepas tu aku tanya balik nak p sekolah x. Terus dia jawab yela.

Cuma aku rasa penat sangat nak adapt dengan tugas baru. 6.45 dah keluar hantar Nurin dan terus ke sekolah. Perjalanan pagi saja dah ambik masa 45 minit. Petang kul 5 terus keluar ofis. Sampai sekolah dalam 5.20 dan pas tu terus ambik Nurin. Sampai rumah dalam kul 6. Berbeza dengan sebelum ni dari rumah ke ofis dalam 20 minit je. Mana taknya jalan yang aku lalu sekarang banyak traffic light dan agak jem.

Balik masak, mandikan budak2, basuh dan gosok baju sekolah, lipat baju, kemas beg dia orang. Siap semua dah kul 10. Aku terus tido jela. TV x tertengok, paperpun x terbaca. Penat tuhan saja yang tahu. Aku harap bila dah pindah nanti semua akan bertambah baik.

Sunday, January 2, 2011

Dunia Baru Kembar

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik kembar dah masuk 5 tahun. Esok akan bermula fasa baru dalam hidup dia orang jadi aku cutila nak 'raikan' 1st day kembar di preschool. Fasa ni akan merubah banyak perkara. Nurin akan berseorangan di rumah babysitter. Aku akan mula keluar awal untuk hantar Nurin dan seterusnya kembar ke sekolah. Petang rutin yang sama ambik kembar dan kemudian Nurin.


Malam ni aku rasa excited, sedihpun ada. Tenang bercampur risau. Risau fikirkan camana kembar nak adapt dengan suasana baru. Sedih sebab aku harus terima hakikat anak2 aku dah besar dan akan mula explore new things, find new friends, learn, learn and learn. Akan bermula juga cabaran baru untuk berdepan dengan kerenah yang baru. Nila hidup. Aku hanya berdoa berilah yang terbaik untuk anak-anak agar menjadi manusia yang berguna dan insan yang soleh dan solehah. Nak nangis boleh x?Huhuhu.....


Just nak share gambar kembar dulu dan kini. Dari masa kuat melalak hingga dah pandai kenakan orang. Kuat melawanpun ye jugak. Cuma yang masih sama apa lagi suka menangis la.Hehehe... Malam nipun menangis sebab kena paksa tido. Mana x nya. Kang pagi esok x pasal2 volume suara 'mak tiri' yang keluar.
Dulu









Kini

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Just few seconds we are now in year 2011. Lot of memories, ups and downs but life must goes on. Pray for better for this new year. Twin will start a new phase in their life. Yuppp.... as a preschool student. Insyaallah, early this year we will move to our new home. And of course Nurin will have to adapt to the new babysitter or may be playschool. So much have been planned and yet need inspiration, support and braveness to achieve it.


No more talking, writing just photo "seeing" to recall back memories for the year 2010.



Aktiviti Rutin - Berjalan di Putrajaya



Semasa Konvensyen KIK di JB



Raya Korban di Melaka



Makan-makan di Kenny Rogers



Wedding Ana





KLIMS di PWTC



Zoo Melaka





"Waterpark" kat rumah atuk dan nenek



Ikan Bakar Di Parameswara Umbai (Abaikan muka penulis yang tembam.Hehe...)


Tuesday, December 28, 2010

Bravo Malaysia

Tahniah Malaysia atas kejayaan yang cemerlang dalam sukan bagi tahun 2010. The journey still continue.It's a never ending story. Tapi apa juga kejayaan akan menjadi landasan dan pemangkin untuk sesuatu yang lebih gemilang. Aku cuba rangkumkan semuanya mana yang ingatla ye.

1. Sukan Asia



Kita bawa balik 9 emas. Mencapai sasaran tapi aku rasa yang paling diingati adalah kejayaan pasukan hoki ke final dan menang perak. Agak terkilan juga sebab terlepas tiket automatik untuk ke Sukan Olimpik. But, still there's hope for them. Bolasepak juga turut cemerlang sebab layak ke pusingan ke 2. Walaupun kalah tapi ianya kalah bermaruah. Tahniah juga untuk Azizulhasni Awang untuk emas berbasikal.



2. Piala AFF Suzuki



Ni mesti ingat sebab still fresh. Tahniah Malaysia sebab rasanya pertama kali layak ke final. Then, sekarang ni kita tengah leading 3-0 untuk pusingan pertama. Kalau semua pemain tetap teruskan dengan persembahan yang sama, kita bakal juara di stadium yang penuh gelora "gelora bung karno". Apa yang buat aku tambah kagum, sebab rata-rata pemain masih muda tapi cukup kental menghadapi semua tekanan dan menunjukkan kematangan.



3. Sukan Komanwel



Aku dah lupa berapa pingat emas yang kita bawa balik. Yang paling aku ingat adalah atlet gimnas (sory nama x ingat) dan Pandelela (betul ke ejaan. kalau salah harap diampun) atlet terjun sebab cemerlang dalam acara masing-masing. Muda tapi penuh kematangan dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

2011 hanya tinggal beberapa hari je lagi. Perjalanan masih panjang tapi aku harapkan kecemerlangan akan diteruskan especially towards Olimpik London 2012.

Sunday, October 24, 2010

Seribu Satu Kisah

Hmmm......camana aku nak mulakan cerita ni. So many things to share but with very limited time, dengan kering idea lagi menjadi punca blog ni dah berlapuk. Alasan kan. Okla. Apapun, entry very caca marba sebab aku akn ringkaskan semuanya.


Cerita Hari Raya

Cerita yg dah basi. Tapi x salahkan sbb apa je story xde dateline. Raya tahun ni biasa je. Bahkan rasanya terlebih biasa dari biasa. Kali ni raya kat Melaka dulu. Memang meriah sebab semua ada except my BIL yang balik raya ke 3. Tapi yang x best MIL dan incik hubby demam raya ke 2. So, lepak jela kat umah. Aku plak sbb kebetulan dan bendera merah 2 days before eid, maka hari mantai tu tukang merasa semua makneka hidangan raya. Apa lagi toilet jadi teman setia. Seksa betul. Memang dah jadi rutin setiap kali raya. Nasibla MIL dah simpan Pil Chi Kit kat umah. Raya ke 5 balik ke Terengganu. Lagi sekali aku kena serangan 'ulang alik ke toilet'.ntah apa kena perut ni.


Tapi semua tu ada hikmahnya. Tell u what. I lost almost 5kg during ramadhan until eid and my weight still remain at .......oopppsss. Tapi lega sbb sekurang2nya hasrat nak lose wight tu dah t'capai. Cuma yang takut kalau tiba2 naik mendadak. Balik cuti raya, anak2 lak demam. Kembar yang demam ok lagi. Tapi Nurin back to the same problem. Merengek, menangis x tentu masa. T'paksala aku cuba alternatif lain. Dugaan betul. Percaya atau tidak, Jin dan Syaitan sentiasa ada mengganggu anak adam. Tu hakikat yang kita x boleh lupakan. Cuma kita percaya Allah ada dan
lebih berkuasa.

Open house? Tahun ni paling banyak jemputan dan aku merajinkan diri cuba penuhi semuanya. Hehe... satu sebab aku malas nak masak (nampak sangat pemalas). Tapi sebenarnya, sbb orang dah jemput, rasa ralat kalau x pegi (konon nak tunjuk diri aku suci). Betul apa. Cuba bayangkan, kita dah jemput tapi org x dtg. Dahla dgn makanan banyak. X ke membazir. Anak2 buah aku tanya bila turn aku, aku cakap tunggu next year. Nanti buat besar-besaran (macam riak jekan)..


Konvensyen KIK di JB

Balik cuti raya, aku dah sibuk dengan konvensyen KIK di JB. Almaklumla, dah 2 @ 3 tahun berturut unit aku kena jadi urusetia. Peringkat Kebangsaan u. Rasa macam x terkejar sbb masa dah suntuk sangat. Mana nak settle lagi tugas hakiki yang lain. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi biasala. Ada cacat celanya. Cuma sbb aku dikurniakan dengan team yang dedicated and gave full commitment semua yang negatif tu aku pejamkan mata je. Biasala bukan mudah nak puaskan hati semua orang.


Apapun, aku puas hati sbb speech for the closing ceremony diklasifikasikan sebagai ok. Hehe.... puas hati for the first timer cam aku. Nanti kalau rajin aku upload gambar masa konvensyen tu. Siap ada dinner atas kapal u. Seronok belayar jela dari Danga Bay ke Tambak Johor. Makanan???? So and So je.


Apapun, di sebalik crite yang best ada x bestnya. Aku pergi ke sana dalam keadaan kurang sihat. X tahu mana silapnya aku muntah2 dengan teruk on the day before went to JB. Lembik rasanya. Langsung x boleh makan. Kat sanapun aku gagahkan diri je. Kang kalau x muncul2 kat bilik urusetia apa kata anak2 buah aku. Diaorg penat2 keje, aku pulak macam pegi holimoon (holiday + honeymoon). Lupa nak mention aku angkut sekali hubby dan anak2. Dah habis crite muntah, last day kat JB kena cirit birit plak. Aku ingatkan gastrik tapi doktor cakap food poisoning. Masa tu terfikir gak kot2la isyarat nak tambah ahli keluarga lagi. Tapi belum rezeki.


Cerita 20/10 dan jalan2 ke Muar


No special occasion on that day but on 21/10 kita dikejutkan dengan kemalangan dahsyat dekat persimpangan Tol Simpang Ampat. Takziah aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa. To those survival, get well soon and try to move on. Ada hikmah tersembunyi daripada semua ni. Rabu petang, aku baru je sampai kat umah. Tiba2 dapat call yang informed that one of my staff just lost her beloved sister, also in accident. Bila dengar dia bercerita, aku pun boleh rasa perit dan sayu nak terima realiti tu. Betul apa dia cakap. No doubt, every human being will die. Tapi cara kematian tu yang kadang2 menghantui kita. Setiap saat dan ketika aku panjatkan doa agar terus kekal dalam iman dan dipermudahkan semasa Malaikat Maut nak menjemputku. Insyaallah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada kecanggihan dunia IT sekarang ini terutama FB. Jangan salah faham ye. Aku x taksub dengan FB ni. Tahu guna pun yang basic2. Tapi sebelum raya hari tu aku dapat jumpa balik dengan kawan lama yang dah terlalu lama lost contact. Rasanya dah almost 20 tahun x berhubung. Masa kat Terengganu nak jumpa, Allah belum izinkan. So, hari tu aku dapat undangan dari Saadah untuk hadiri kenduri doa selamat. Dia dah dipanggil untuk turut sama menunaikan Rukun Islam ke 5.


Kalau setakat kenduri biasa, mungkin aku liat sikitla. Tambah lak baru seminggu balik dari Johor. Tapi aku nak sangat jumpa sebelum dia ke Mekah. Alhamdulillah, hubbypun setuju nak tunaikan hasrat aku. Walaupun kejap je jumpa dan x sempat borak panjang, tapi aku puas hati. Saadah ni kira one of my best friend. Aku doakan dia selamat pegi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan agar aku juga dapat jejakkan kaki ke sana menjadi tetamu Allah very2 soon.


Hasif dan asma


Last wednesday, ambik budak2 kat umah babysitter, aku tengok Hasif dah lain. Nafas cam tersekat. Cakap ngan Hubby bawak jela ke klinik. Doktor kata bukan setakat asma tapi dah dapat jangkitan kuman. So, dia terus siapkan referral letter. In case getting worst terus bawak pegi hospital. Malam tu, Hasif still x boleh tido. Biasanya, lepas dapat gas dia dah ok. Next day, aku ada jemputan ke majlis konvo student KSKB SB tapi hati ni memang rasa x senang. Aku inform hubby nak bawa Hasif ke Hospital after habis majlis. Kebetulan hubby pun dapat mc sebab demam.


Jumpa specialist, confirm kena warded. Tapi aku mintak untuk terus monitor kat umah. So, specialist agreed with two conditions. Make sure he took all the necessary medication and bring him for every 6 hours to the hospital for the gas. Aku setuju je. Leceh nak warded ni. Nak temankan dia kat hospital, lagi 2 orang tu nak tengok gak. Cuma penatla sebab kul 12 malam sekali gas, then 7 am next morning. Lepas tu on friday morning tu bawak lagi untuk follow up. Terpaksa cutila. Like yesterday, specialist tanya nak warded or follow the same routine. So, I opted for the 2nd one. So, the routine continue at 12pm, 6pm, 11pm and 7 am. This morning, specialist satisfied with his progress.


So, sekarang continue dengan inhaler kat umah for every 4 hours for two weeks. Another inhaler twice a day, every day. Add another medication, singular pill, continue with the 10ml medication + finish the antibiotic. Another thing, the specialist also gave treatment for the eczema. Thank god. Now, his skin is getting better. Tapi sekarang aku pulak yang x sihat dengan selsema dan batuk. Masa mengarang ni, dah lebih 10 x aku bersin. Dahla next week nak PTK.


Bajet 2011

Woohoo..... Cuti bersalin dah lulus 90 hari. Boleh la plan for the next. Macam aku okla nak ambik 90 hari ni. Yela, dah sah2 this is the last one. Tapi kalau dibenarkan sekali lagipun, cukup lagi nak ambik 90 hari. Yg malag sikit untuk yang nak bersalin 1st baby. Susah sikit nak plan. Ditakdirkan dapat lebih dari 3 anak mau kena ambik cuti tanpa gaji. Maklula anak ke 3 dan cuti 270 hari. So, memang kena pandai2 planla. Apapun, bersyukur sangat sbb kita ada fleksibiliti nak ambik 60 ke 90 hari tu.


Lagi satu, rasa release gak sebab PTK dah mansuh. But, those yang dah di panggil untuk sesi tahun ni still continue dan aku adalah orang yang paling 'bertuah' tu. Huhu...ikut hati xde perasaan nak ambik PTK. Dengan x sihat dan haru biru hidup ni. Satu bendapun x prepare lagi (Tapi nak blogging sempat lak). Redah jela. Bukan apa. Sistem yang baru tu x tahu lagi bentuk camana. Sekurang-kurangnya, kalau dah lepas + lulus, aku dah x payah fikir lagi nak ambik next year. Good luck untuk aku. Okla. Dah nak tido nanti sambung dalam next entry.....

Thursday, September 30, 2010

Hello!Hello

Lamanya x update blog ni. Malas yang amat. Dahla lepas raya keje bertimpa-timpa. Terus hilang mood nak menulis. Hehe...banyak nak dikongsi tapi tunggu.....gambar raya nak upload pun tak terbuat. Ok. To be continue.......