Alhamdulillah umur masih panjang untuk menikmati kemanisan bulan Ramadhan yang barakah tahun ni. Memang ini yang aku tunggu2.Bulan penuh keberkatan dan rahmah.Azam setiap kali menjelang Ramadhan untuk menjadi individu yang lebih sempurna dengan meningkatkan dan melipatgandakan amal ibadah.
Sebenarnya nak cerita dialog ngan Hasif pagi tadi. Biasala setiap pagi sekarang dua2 dah siap mandi sebelum hantar rumah babysitter. So, kurangla sikit ragamnya sebab dah freshkan. Pas tu dua2 naik motor ngan mr.hubby. Time nila dua2 akan pau untuk beli karipap @ donut @ pau @ apa2la. Siap dah boleh tahu tempat jual kuih kat mana, jual kuih apa.Then pagi ni lebih kurang camnila dialognya:
(Kat parking)
Hasif: Ayah nak beli karipap.
Mr. Hubby: Mana ada orang jual kuih. Ni dah start puasa.
Hasif: Ooooo....dah kuasa.
Mr. Hubby: X boleh makan dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 petang.
(Rumah babysitter)
Hasif: Hasif nak kuasa (still x boleh sebut dengan betul)
Mr. Hubby: Nak buka keropok x? (Wajib ada bekal. Then Ayahpun bukak)
Hasif:X nak bukak. Hasif nak kuasa(dah mula nak buat drama, nasibla ada keropok Nurin yang belum bukak)
Mama: Nanti cakap ngan mummy Hasif puasa ye...(saja je mama nak provoke)
Bila ingat balik mau tergelak aku.Tapi elokla. Kurang2 dah boleh fahamla sikit2 makna puasa. Tapi kalau Hazwan mesti tanya bila nak puasa. Bila cakap esok mesti dia cakap balik nanti kita rayakan. Aku iyekan saja. Biasala excited nak pakai baju baru. Samala zaman kita dulu. Apapun Selamat Berpuasa, mohon maaf sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat manfaat yang paling maksimum di bulan yang mulia ini.

No comments:
Post a Comment