Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu, syaitan akan lari bersama-sama salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
1. Sesiapa yang membacanya bila berbaring di tempat tidurnya, Allah akan mengutuskan 2 Malaikat untuk menjaganya sehingga subuh.
2. Sesiapa yang membacanya di akhir sembahyang fardu, Allah akan melindunginya sehingga sembahyang fardu yang lain.
3. Sesiapa yang membacanya di akhir sembahyang fardu, dia akan masuk syurga dan sekiranya membacanya sebelum tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4. Sesiapa yang membacanya di akhir sembahyang fardu, Allah akan menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 dan Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
5. Sesiapa yang membacanya sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70, 000 Malaikat kepadanya yang akan memohon keampunan dan mendoakannya.
6. Sesiapa yang membacanya di akhir setiap sembahyang, Allah yang mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang dengan nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Sesiapa yang membacanya ketika dalam kesempitan, Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.
Subhanallah. Semoga semua mendapat manfaatnya.
No comments:
Post a Comment