Thursday, August 12, 2010

Why men don't write advice columns......‏

Someone send this to my email.



Ada komen?Hmmmmmmm.............Bagi aku mungkin penasihat ni:

1. X faham masalah sebenar.
2. Dia terer bab kereta so nak tunjukkan kehebatan dia.
3. Masalah ni dihantar kepada majalah berkaitan kereta.

Yang pasti, kalau nak kena bagi nasihat kena tahu the main issue regardless penasihat tu men or women.

Wednesday, August 11, 2010

Dialog Di Pagi Ramadhan

Alhamdulillah umur masih panjang untuk menikmati kemanisan bulan Ramadhan yang barakah tahun ni. Memang ini yang aku tunggu2.Bulan penuh keberkatan dan rahmah.Azam setiap kali menjelang Ramadhan untuk menjadi individu yang lebih sempurna dengan meningkatkan dan melipatgandakan amal ibadah.


Sebenarnya nak cerita dialog ngan Hasif pagi tadi. Biasala setiap pagi sekarang dua2 dah siap mandi sebelum hantar rumah babysitter. So, kurangla sikit ragamnya sebab dah freshkan. Pas tu dua2 naik motor ngan mr.hubby. Time nila dua2 akan pau untuk beli karipap @ donut @ pau @ apa2la. Siap dah boleh tahu tempat jual kuih kat mana, jual kuih apa.Then pagi ni lebih kurang camnila dialognya:

(Kat parking)
Hasif: Ayah nak beli karipap.

Mr. Hubby: Mana ada orang jual kuih. Ni dah start puasa.

Hasif: Ooooo....dah kuasa.

Mr. Hubby: X boleh makan dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 petang.

(Rumah babysitter)
Hasif: Hasif nak kuasa (still x boleh sebut dengan betul)

Mr. Hubby: Nak buka keropok x? (Wajib ada bekal. Then Ayahpun bukak)

Hasif:X nak bukak. Hasif nak kuasa(dah mula nak buat drama, nasibla ada keropok Nurin yang belum bukak)

Mama: Nanti cakap ngan mummy Hasif puasa ye...(saja je mama nak provoke)

Bila ingat balik mau tergelak aku.Tapi elokla. Kurang2 dah boleh fahamla sikit2 makna puasa. Tapi kalau Hazwan mesti tanya bila nak puasa. Bila cakap esok mesti dia cakap balik nanti kita rayakan. Aku iyekan saja. Biasala excited nak pakai baju baru. Samala zaman kita dulu. Apapun Selamat Berpuasa, mohon maaf sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat manfaat yang paling maksimum di bulan yang mulia ini.

Tuesday, August 10, 2010

Pesanan Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga menjadi pedoman untuk kita semua terutama dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, August 5, 2010

A Story To Share

NAIL IN THE FENCE

There once was a little boy who had a bad temper.
His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his
temper, he must hammer a nail into the back of the fence.
The first day the boy had driven 37 nails into the fence.
Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down.
He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.
Finally the ! day came when the boy didn't lose his temper at all.
He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.
The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone.
The father took his son by the hand and led him to the fence He said, "You
have done well, my son, but look at the holes in the fence.
The fence will never be the same.
When you say things in anger, they leave a scar just like this one.
You can put a knife in a man and draw it out.
It won't matter how many times you say "I'm
sorry", the wound is still there.
A verbal wound is as bad as a physical one.

Apa yang si ayah cuba sampaikan memang betul. Kan ada pepatah yang mengatakan 'lidah lebih tajam daripada pisau' (lebih kurangla pepatah tu. Hamba ingat2 lupa).Sekali kita dah lukakan hati orang, parut tu kekal selamanya.

Tuesday, July 13, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari

Semalam dalam paper The Star, ada satu ruangan khas yang bincang pasal cadangan untuk bagi cuti bersalin kepada penjawat awam sebanyak 90 hari. Ramai yang kemukakan pendapat berkaitan isu ni termasuk academician. Kalau tanya aku of course aku akan sokong. Pertama sebab aku wanita dan ibu. Kedua sebab aku wanita dan ibu. Ketiga sebab aku wanita dan ibu. Ramai yang membangkang especially golongan yang x beranak. Di antara alasan yang dikemukakan adalah:


1. Produktiviti akan menurun sebab manpower dah berkurang.
2. Meningkatkan beban kewangan sebab terpaksa bayar double samada kepada yang tanggung kerja atau kalau terpaksa hired pekerja sambilan.
3. Sesetengah pihak anggap ibu yang baru bersalin hanya berseronok cuti kat rumah sedangkan orang lain bertungkus lumus buat kerja tapi gaji tetap jalan.
4. Dah bagi cuti 60 hari mintak lebih-lebih lagi. Apa orang kata dapat betis nak paha.


Kat sini aku nak turunkan pandangan sebagai orang yang dah ada 3 anak:


1. Ibu yang baru bersalin perlukan lebih masa untuk pulih. Macam aku yang bersalin kembar dan operate lagi lama masa yang diperlukan. Kami hilang banyak zat dan nutrien dalam badan especially dengan kehilangan darah semasa bersalin dan berpantang.
2. Kami perlukan masa untuk adapt dengan suasana baru, kehadiran orang baru. Bukan hanya fizikal tapi jugak mental. Kalau x, xkan ada orang yang meroyan.
3. Sepanjang cuti bersalin, bukan masa kami berseronok. Rehat x cukup. Tido malam jangan cakapla. Kalau baby buat hal maksudnya x tidola. Tapi biasa yang kena tanggung ibula.
4. Kata nak galakkan penyusuan susu ibu. Tapi ramai yang fed up nak teruskan sebab tuntutan masa yang x mengizinkan apabila dah mula kerja.
5. Dari aspek nak kenalpasti nursery atau tempat jagaan yang terbaik untuk anak. Kadang-kadang bila dah bersalin baru kita boleh kenalpasti yang anak kita perlukan penjagaan yang tertentu. So memang ambik masa untuk tentukan tempat yang bersesuaian. Tempoh 3 bulan walaupun masih x cukup tapi sekurang-kurangnya secara fizikal baby sudah cukup kuat untuk penjagaan orang lain.


Ni hanya pendapat aku. Maybe yang lain ada pandangan berbeza. Kalau lihat negara maju yang lain banyak yang bagi priority dalam aspek penjagaan ibu dan anak. Apapun, final decision tetap di tangan pembuat dasar. Sebarang keputusan berdasarkan justifikasi dan kriteria yang tersendiri mengambil kira kepentingan semua. So, tunggu dan lihat jela.

Bye!Bye World Cup 2010


Jumpa lagi 4 tahun dari sekarang. A lot of suprise, unpredictable results in WC 2010. Congrats Spain. Well done Holland. I'm not a big fan to both teams. Just hope that one fine day, asian teams will be able to hold the prestigious title, to be named as world cup winner. Just like Spain, won for the 1st time and the 1st europe team won outside european continent.


Aku jugak kagum dengan the young talents like ozil and mueller from german. But, really upset with the performance of the big stars such as rooney, robinho, ronaldo. Tapi tula bola. You cannot predict anything until final whistle. I remember during european championship league final (betul ke? lebih kurangla) between MU and cannot remember, MU score 2 goals at the very last minutes (extra time if not mistaken) and won the title. Bye!Bye Vuvuzuela, Welcome Samba.

Wednesday, July 7, 2010

Berapi

Wah....kalau tengok title tu macam ada big disaster je. Memang besarla pada aku. Pagi ni aku ada satu meeting or should I say a discussion mengenai satu projek yang terbengkalai. Towards the end, adala timbul one issue. So, akupun timbulkan satu isu lagi yang related dengan 1st issue (boleh paham ka....kalau x paham buat2 paham jela). Actually, isu tu berkait dengan nak buat satu eventla. Then, aku cakapla kenapa nama aku sorang je yang naik sedangkan lain2 semua hantar big2 boss. Aku cakap kalau boleh x perlu involve kan aku.

Tetiba adalah makhluk yang boleh sound sesuka suki hati dia cakap lebih kurang camnila dialognya:

Aku: X yahla libatkan saya. Xde kena mengenapun. Lagipun semua big bosses yang involve.

Makhluk 1: Eh..eh.. x payah lak. Kenala. Dia ni suka sangat tolak keje (sambil tu tuding jari kat aku)

Makhluk 2: Apa xde kena mengena.

Aku: Yela. Kalau keje xde kena mengena saya tolakla. Kalau tu memang keje saya, no hal (dengan muka senyum plastik nak control bengang)

Hello, aku bukan jenis yang terima bulat2 satu2 arahan. Member aku cakap kat sini memang camtu. Mana2 keje suka hati je arah anybody je buat. Pas tu kalau x tahu tu keje sape, unit aku la jadi mangsa. Dah jadi tradisi memang unit aku akan involve. Aku x nak pegang pada tradisi yang x betul. Yang memang boleh buat orang teraniaya.

Tambah bengan sebab ada 2 orang anak buah aku yang involve sekali. Kalau ini event unit aku, fine. Tapi ni event Kementerian. Libatkanla everybody baru boleh cakap fair and square. Ntahla. Benda2 camni yang buat aku fed up. Dapat bos lak yang jenis x firm. Kejap timur. Seminit kemudian barat. Pas tu utara. Lagi berapa minit dah selatan lak. Pendek kata seluruh pelosok dia pusing but at the end, keputusan x dapat2 gak. Mana x berapi2.....