Tuesday, January 12, 2010

New Year 2010

2010 dah mencecah 12 hari. Tapi rasanya masih belum terlambat untuk wish Happy New Year. Aku xde resolusi yang spesifik. Cuma aku nak jadi anak, isteri, ibu dan kawan yang lebih baik. Aku juga nak kurangkan berat badan bukan sebab nilainya estetiknya tapi sebab kesihatan.


Selain tu, aku ingin mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh. Memandangkan tahun ni aku akan melalui beberapa fasa yang bagi aku akan memberikan impak yang cukup besar dalam hidup, so aku kena bersedia untuk menghadapinya.


Review untuk 2009!!!!! Overall, Alhamdulillah aku mempunyai kehidupan yang baik dikelilingi dan disayangi oleh keluarga dan rakan. Walau apapun, aku akan terus berusaha untuk yang lebih baik.

Aku Ditukarkan

Dah lama aku pendam luahan perasaan ni. Tapi aku simpan sehingga hari ni sebab aku tahu kalau hati tengah marah, memang parah nanti. Macam yang aku mention in my previous posting, aku nak beralih angin. Nak rasa suasana baru. So, doa aku dimakbulkan. Cuma dengan cara yang bagi aku sedikit kurang elok. Memang kalau diikutkan aku bersyukur sebab bebas dari tempat yang aku kurang selesa @ should I say a place where u were not welcome. Bagi sesetengah orang tu maybe perasaan aku je. Tapi bagi aku rasa selesa tu penting sebab kat situ tempat kita cari rezeki yang halal.

Let me begin the story. Aku dah make up my mind to give myself a try. Maybe for another few months. There's no harm anyway to take the challenge.Mungkin masa awal aku kat unit tu dah nak hujung tahun. So, macam honeymoon sikitla. Dah masuk tahun baru lainla sikit ceritanya. Lagipun, aku fikir panjang sebelum ambil sebarang keputusan. Fikir pros dan kons nya. Aku x nak menyesal sebab ambil keputusan yang salah.

Tup....tup.... balik dari PD, I got one sms from a good friend telling that I will be transfered out to his division. At first, I thought it was a joke. Then, I asked one friend in my old division. And, she confirmed it and said the transfer order released already. Terkejut beruk gakla. Aku x sangka cakap2 mulut aku kepada my 2nd boss and immediate boss and to few friends digunakan dan dikira sebagai 'isi borang pertukaran'. Aku rasa macam orang bersalah yang telah dijatuhkan hukuman. Kalau orang tahu aku ditukar keluar mesti aku dilabel orang yang bermasalah.

Sebelum aku keluar, nak gak tahu cerita sebenar. Risik punya risik, ada orang beritahu big boss yang aku nak keluar. Yang peliknya, my 2nd boss ingat aku dah mohon keluar, officially. Another 2nd boss lak (bukan cawangan aku) boleh tanya aku nak keluar x. Kalau x nak switch je ngan mana2 newcomer. Even ada kawan yang nasihat minta aku stay je kat situ. Tapi aku fikir balik kalau dah orang x nak, buat apa aku terhegeh2. My immediate boss pun x kata apa2. Kalau betul dia nak aku, mesti dia dah pertahankan.

Aku sedih dan terkilan gak. Terkilan sebab member yang uruskan ni, he supposed to call and inform me regarding this. Tapi until the last day dia x call kecuali aku yang call tanya. Jawapan dia senang je, arahan big boss mungkin sebab tengok aku x perform kat situ. Sedih sebab wajarkah tempoh 2 bulan diguna untuk nilai prestasi aku sedangkan aku dalam proses untuk menstabilkan diri dan masih terumbang ambing. Sumbangan aku selama 4 tahun kat sana langsung x dihargai dan x dinilai. Tapi 'tempoh honeymoon' 2 bulan aku yang betul2 bagi impak dan betul2 dinilai. Bagi aku, it's really unfair. Bukan nak kata aku bagus sangat. Cuma aku dah bagi yang terbaik dan dah buat setakat termampu.

Aku dah nekad untuk pergi ke tempat baru. Dan sekarang aku dah ada kat sini. Sebenarnya ni tempat aku diposting untuk kali pertama. Tapi masa tu division ni kat KL. Aku x larat nak ulang alik so aku mohon tukar. Maybe dah jodoh aku kat sini. Ada hikmahnya. Aku x perlu nak terperangkap dalam jam lagi. Kat sinipun suasana agak tenang. Semoga ketenangan ni akan kekal selagi aku kat sini. Kepada sesiapa yang berkenaan, semoga hidup anda semua sentiasa diberkati dan ingatlah langit x selalu cerah.Hidup ni ada pasang surutnya. Bukan berdendam tapi Allah Maha Mengetahui.

Jalan-jalan Naik Bot

Dah lama adegan naik bot di The Mines ni. Tapi aku jadi malas teramat nak upload gambar sebab masalah ngan connection.


Thursday, January 7, 2010

Macam2 Ada

Aku dah cuba nak upload gambar tunang sepupu aku dan gambar bercuti di PD dah lama. Tapi jalur lebar ni buat hal lak. Kejap ok kejap terputus2. Tension btul. So, enjoy the pics.



Gambar Tunang


Maksu dan bakal menantu



Ani dan bakal kakak ipar



Gambar PD