Friday, June 25, 2010

Semalam di KLIA

Semalam aku cuti. Hantar abah pegi umrah. Kali ni abah sorang je yang pegi. So, berkampungla kat KLIA. Ni semua gara2 agen inform kena ada kat sana dalam pukul 11 pagi. Dah sampai sana rupanya pukul 1 ptg baru berkumpul. Nasib baik ada playground kat situ. Selamatla anak aku dan anak K.Li dilepaskan macam anak kambing terlepas kandang. Aku ngan K.Li apalagi merayau2 dan mencuci mata kat kedai2 situ. Alhamdulillah, pagi ni abah dah selamat sampai di Jeddah. Doa kami semua, abah selamat pegi dan pulang. Semoga dapat melaksanakan umrah dengan sempurna dan tenang beribadat di sana.
Nurin dah lupa mama sebab syok main


Wajah kesayangan hamba


Ayah sabar ye layan Nurin



Ma dan Abah


To'ki bersama K.Li dan Cucu2

Sunday, June 20, 2010

Hari Terbuka TUDM

Bertempat di Markas TUDM Sg. Besi (Betul ke Markas?Hentam jela) on 20th June 2010.X plan nak ke sana. Saja jalan2 then nampak cam ada function kat situ. Apa lagi, singgahla. Nak penuhkan aktiviti hari ahad. So, enjoy the pics......





Wednesday, June 16, 2010

Hutang

Bercakap tentang hutang rasanya semua orang pernah berhutang. Mana taknya. Zaman sekarang kalau setakat makan gaji mesti berhutang. Hutang rumah, kereta, personal loan, hutang along(walaupun dah diberi amaran berkali2, still ada yang x serik). Bagi aku walau macam mana banyak hutang, yang penting sebelum buat hutang muhasabah diri. Mampu ke x nak tanggung beban nanti. Tapi janganla sampai saving xde langsung.

Tapi yang aku x faham kalau orang berhutang dengan orang yang lain. Jumlah mungkin x banyak. Tapi nak bayar bukan main liat. Masa nak pinjam merayu2 dan penuh dengan janji manismu. Dah senang sikit, langsung buat2 lupa. Esok, Allah tarik betul2 anugerah ingat tu langsung nyanyuk. Dah tu muka x tahu malu. Selamba je. Bila tanya banyak la alasan di bagi.

Dah naik pening nak berdepan ngan orang camni. Dulu kita tolong kerana Allah sebab kesian dia tengah susah. Yang lagi pelik kadang2 tu, bila minta dia kata belum ada duit. Tapi tup!tup! sofa dah beli lain, tayar moto dah tukar baru. Pendek kata dah x nampakla kesususahan dia tu. Bukan nak mengungkit tapi sedih dan bengang sebab dia x kenang aku banyak bantu masa dia tengah susah. Sampai satu masa aku pernah belikan beras sebab dia kata dah xde duit nak beli beras.

Apa lagi nak buat. Kita lak dah naik malu nak minta. Dah macam peminta sedekah. Nak halalkan aku memang x sanggup. kalau seringgit dua bolehla. Tapi ni berpuluh ribu. Sekarang aku dah ambik sikap tunggu dan lihat. Kalau betul memang dia x nak bayar, biarla dia dan keluarga dia (sebab bersubahat) tanggung kat akhirat kelak. Mungkin ada hikmahnya Allah nak duga aku camni. Kalau ada bloggers yang ada masalah cam aku boleh share pengalaman or maybe ada cara nak tuntut hutang balik.

SUKMA 13



Sukan Malaysia @ SUKMA datang lagi. Kali ni Melaka yang jadi host. Bila bercakap tentang SUKMA ni banyak nostalgia sebenarnya. Aku sempat merasai suasananya sebanyak 3 kali. Penang, Sabah dan last sekali kat Negeri Sembilan. Maklumla keje dengan atlet so berpeluangla nak merasai bahangnya. Mungkin x la sehangat Sukan SEA @ big event yang lain. But, u will learn and experience many things.


Walaupun, x directly involve dengan atlet, tapi kat sini kita boleh memahami dan mendalami especially bila berkait dengan emosi. Yela, most of them yang involve adalah teenagers yang age below 23 (memang syaratpun) dan kebanyakan masih sekolah. Tapi satu perkara yang buat aku kagum adalah semangat dan pengorbanan the young athletes. Life, of course x sama dengan remaja lain. Mana masa untuk study, training. Memang perlukan sokongan dan pengorbanan termasuk parents jugak.

Apapun, bagi aku SUKMA ni merupakan platform yang betul untuk kita mencungkil bakat-bakat baru. Sebenarnya ramai atlet yang lahir dan cemerlang masa SUKMA ni. Cuma diharapkan, bakat-bakat tersebut x berkubur bersama tamatnya edisi SUKMA. Aku ada dengar cadangan untuk mengadakan SUKMA every year instead of once in two years. Bagi aku kalau mendapat sokongan semua pihak samada government or private sector especially dari aspek penajaan so why not.


Ok, all the best to all the young athletes. Teruskan perjuangan yang sudah hampir ke penghujung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Chaiyok!Chaiyok!Chaiyok........