Thursday, August 19, 2010

Cerita Ramadhan

Hari ni dah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Alhamdulillah, setakat semalam aku masih mengekalkan rekod untuk memasak sepanjang Ramadhan ni. Aku juga masih mampu mengekalkan rekod x jejakkan kaki kat pasar ramadhan.wohoooo...... Setakat jeling-jeling dan pandang-pandang jela. Dahnya param betul2 kat depan simpang nak masuk rumah aku. Nak tak nak kenala tengok. Cuma bila dah dekat ngan param, faham2 jela. Jalan jangan cakapla. Jem ya rabbi. Nasibla ada anggota RELA yang membantu jaga trafik. Aku salute anggota RELA ni, berpanas dan berhujan sebab nak pastikan trafik ok. Mungkin dia orang dibayar, tapi bagi aku apa yang diberikan x setimpal dengan tugas. Even, semalam ada satu MPV rosak kat tengah jalan. RELA tu tolong tolak sorang2 + hujan lagi. Kalau x mau x bergerak trafik.Aku cuma x puas hati dengan orang yang nak pegi param ni. Parking sesuka hati je. Kalau space dah xde pun nak gk parking semata2 x nak jalan jauh.But at the end, menyusahkan orang lain.Tensi betul la.

Jalan sepanjang Ramadhan ni jangan cakapla. Hari2 naik lenguh kaki aku tekan brek tekan minyak.Ikut hati nak je aku balik lambat sikit. Tapi sebab dah niat dan semangat nak memasak aku gagahkan jugak. Mungkin sebab niat aku nak jamu orang berpuasa Allah permudahkan semuanya. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 6. Memang sempat sangat. Laukpun 2 jenis je. Tapi pagi sebelum pegi keje aku dah siap keluarkan lauk yang nak masak letak kat chill part. So, menyenangkan aku. Tinggal nak siapkan rencahnya saja. Setengah orang mungkin bawang semua dah ber'blend'. Tapi aku lebih suka semua fresh. Memang nampak renyah tapi aku lebih puas hati.Nasibla mr. hubby x kisah sangat. Dia lagi suka yang simple2. X membazir dan makanpun puas hati, lagi boleh jimat. Sedap x sedap belakang kira.Hehehe...Yela aku bukan level Chef Wanpun.


Setakat harinipun, aku x miss lagi sahur. Kalau x, tahun sebelum ni ada hari aku cukup malas nak bangun. Sahurpun, aku banyakkan minum air dan makan 3 biji kurma. Cukupla. Hubby je kena makan berat sikit. Setakat panaskan lauk dan nasi yang aku dah masak extra masa berbuka. Kalau xpun, dia makan roti je. Tahun ni, aku rasa bulan Ramadhan lebih organize dan badanpun x penat sangat. Mungkin sebab kurang makan. Maksud aku, cukup makan nasi. No more kuih2. Kalau ikutkan memang aku makan sekali tu je. Malam lepas solat isya' dan terawih (buat kat rumah je.x sanggup nak biar anak memekak kat surau ganggu orang lain solat) aku sambung ngan buat keje rumah lain. Then dalam kul 10 dah siap nak tido. So, pagi bangun memang rasa fresh. Aku cuma harap diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus meningkatkan amalan pada bulan yang penuh barkah ini. Amin......

No comments:

Post a Comment