Saturday, March 5, 2011

Cerita sekolah kembar

Diam x diam dah masuk bulan ke 3 kembar kat tadika. Kalau tanya aku memang pening nak uruskan 2 orang. Tapi biasanya hubbyla yang selesaikan semua. Bangun pagi salah seorang, biasanya Hazwanla liat nak bangun dan menangis. Penat nak pujuk pagi2. Nak tengok dia ok bila sampai je sekolah. Ha....kat situ baru dia senyum. Tapi yang pasti make up akan cair masa ni sebab dia cium satu muka (poyonya. betul sangatla mekap. setakat tampal loose powder jepun). Awal2 dulu aku merajinkan diri gakla buat roti letak jem. Xpun beli kek @ roti yang ada filling coklat tu. Kesian takut lapar sementara tunggu breakfast kat sekolah. But, lately ni kembar dah x mintak. But, still ada something yang boleh dimakan. Hari tu ada niat gakla nak goreng nugget ke, fries ke tapi aku masih x mampu nak bangun awal. Penat sangat. Malam kul 10 @ 11 baru aku boleh rehatkan badan. Mula2 tu jugak aku bekalkan air masak. Siap beli botol tupperware. Semangat betul.Sayang anakla katakan (poyo lagi sekali). Tapi tiap kali balik, air tak berkurang. Sama je. Last2 aku kata x payah bawak airla. Beratkan beg je dengan air, baju, towel.


Alhamdulillah kembar dah boleh kenal dan tulis huruf rumi dan jawi, nombor, dah hafal few doas, surah @ ayat lazim. Sejuk hati aku dengar walaupun sebutan x berapa nak betul. Kalau diikutkan aku memang nak hantar ke tadika yang berkonsepkan Islamic and English medium. Tapi costly. Almost RM1000 per month untuk kembar je. Belum masuk Nurin lagi. Apapun aku berpuashati dengan apa yang kembar dah capai sekarang. Yang penting didikan agama dari awal. Lain2 tu banyak peluang lain kat luar. Nipun aku tengah berkira2 untuk hantar KUMON for English dan Mandarin. Maybe lepas aku settle down kat rumah baru.


Cuma sekarang aku tengah pening untuk register kembar ke tahun 1. Kalau ikutkan lagi setahun dia kat tadika dan 2013 baru mula standard 1. Tapi Selangor dah open for registration for 2012 & 2013 intake. Ikut hati aku minat ngan sekolah Integrasi. Senang sebab dia continue dengan apa yang ada kat Tadika sekarang. Pagi kurikulum sekolah kebangsaan, ada transit dan lunch then terus KAFA. Menyenangkan sebab dari pagi sampai petang dah terjaga. X pening dan x risau nak cari orang jaga lepas sekolah dan nak siap ke sekolah agama. Apapun, untuk Integrasi kena ambik exam untuk masuk sebab calon ramai. So, kena stand by gakla untuk register ke sekolah biasa. Kalau confirm dapat Integrasi then selesai masalah. Tengokla camana. Option yang aku ada samada Selangor atau Putrajaya.

No comments:

Post a Comment