Sekarang ni bila ingat pasal rumah memang sakit hati. Dahla project delay almost 7 bulan dari tarikh S&P. Terpaksala menanggung 2 rumah sekarang ni sebab rumah baru dah start bayar. Sakit memang sakit. Tapi apa yang boleh aku buat. Pampasan boleh dapat tapi proses tupun makan masa. Kalau dapat developer yang tahu tanggungjawab, cepatla selesainya. Dapat yang fikir dia je nak untung memang parahlah. Pening kepala aku nak fikirkan.
Januari lepas developer dah keluarkan surat untuk ambik kunci. Kiranya rumah tu dah bawah tanggungjawab owner dan pampasan hanya dikira sampai ke tarikh notis tu. Inipun aku rasa x puas hati dan rasa teraniaya gakla. Mana x nya. Walaupun kunci dah ambik tapi CF @ sekarang CCC belum dapat lagi. So, setakat dapat jela rumah tapi x boleh buat apa2 lagi. Masa yang sama eletrik & air belum masuk lagi. Aku bertekak gk ngan developer. Dia kata as long as dah dapat Certificate of Completion dari arkitek dan ada connection untuk water dan electricity, dah boleh serah kunci pada owner. Memang tu yang tertulis dalam S&P.
Tapi aku berkeras x nak ambik kunci dulu. Aku nak semak ngan KPKT dan Majlis Perbandaran. At the end, orang Majlis Perbandaran advice aku agar dapatkan salinan CC dari developer then baru sign untuk ambik kunci sebab berdasarkan rekod kat sana developer belum serahkan lagi dokumen tu. Aku semak gak pasal bila boleh dapat CCC. Pihak Majlis Perbandaran kata dokumen lengkap belum diserahkan bagi membolehkan inspection dijalankan. Lagila aku angin. Bila tanya developer, kata dah submit bulan Disember last year lagi. Rupanya kelentong semata2 nak sedapkan hati pembeli.
Mula2 cakap by Februari dah boleh serah sepenuhnya. Ni dah masuk Mac belum settle lagi. Aku risau nanti lama2 rumah tu buruk camtu je. Dahla tempoh untuk complain for any defects dah mula dari tarikh serah kunci tu.Ni dah berapa bulan owner rugi. Aku dah cekla mana2 defect yang ada. Memang agak banyak tapi tupun x buat2 lagi. Ntahla. Bila fikir balik, aku rasa bila jadi kes rumah lambat siap, memang owner yang teraniaya dan rugi.
Tiap2 hari lalu kat situ sebab hantar kembar ke tadika. Rasa macam dah dalam genggaman tapi sebenarnya setakat pegang2 je. Nak usap, belai, manja2 masih jauh lagi. Ntah bilala nak selesai. Aku dah panggil kontraktor untuk buat apa2 yang perlu kat rumah tu. Kalau ikutkan dah x sabar nak 'make up' rumah. Setakat ni hanya berangan2 jela. Lagi satu rumah ni xde gate cuma pagar je keliling rumah. Dah satu keje lagi nak kena tambah ongkosnya. Developer kata memang dia buat konsep rumah tanpa pagar tapi sebab kawasab berbukit dan ada rumah yang belakangnya agak tinggi kena gakla letak pagar for safety reason. Only pagar without gate. So, kalau dah boleh pindah dalam masa terdekat ni aku update lagi.
No comments:
Post a Comment