Saturday, March 12, 2011

Kembar Sudah 5 Tahun

Sedar x sedar, pejam celik pejam celik dah cukup 5 tahun kembar lihat dunia. Alhamdulillah. Dah besar anak mama. Lagi 2 tahun dah nak masuk darjah 1. Suka duka, penat lelah nak besarkan dia orang hanya Allah yang tahu. Memang nak besarkan anak ni bukan senang. Tapi tu amanah yang Allah berikan. Tanggungjawab ibu bapa nak pastikan amanah tu dijaga dan dididik dengan ilmu dunia dan akhirat dengan sempurna. Insyaallah.

Sebenarnya x buat majlis apa2pun. Memang niat hari tu nak buat bersekali ngan kenduri doa selamat masuk rumah baru. Tapi dah rumah pun x tahu ke mana, maka niat aku tu terbantut gakla. Apapun bagi aku x perlula sambutan yang berlebih sangat. Cukup sekadar bagi present dan kami makan anak beranak. Yang penting anak2 happy.

Setakat ni cuma 2 kali buat majlis harijadi kembar. Tupun bersekali ngan majlis lain. Kali pertama masa 1st birthday combine ngan kenduri sebab bapa mertua aku pencen. 2nd combine ngan kakak ipar aku sebab anak dia sama tarikh lahir ngan kembar untuk harijadi kedua. Ok cukupla berceloteh. Biar gambar lak bercerita


Idaman kembar. Dah tinggal kotak sebab dah dikerjakan dulu

Nipun nasib yang sama

Nurin pun ada. Kesian lak kat dia bila tengok abang dapat hadiah. Beruntungla 2 kali dapat.

Baju Melayu kembar. Dah lama nak beli sebab tiap2 bulan ada sambut besday kat sekolah.So kena pakai baju melayu. Baju sedia ada dah pendek. Cuma belum lengkap sebab xde sampin

Nila rupa hadiahnya

Nurin khusyuk nak tengok abang potong kek

Hadiah dah dikerjakan baru nak potong kek. X sempat nak letak proper sebab nak terus keluar. Kek pun x sempat makan

Si kembar dengan rakus jilat pisau kek. Nampak x kesan potong? Suruh eksyen je tapi dikerjakan kek tu ikut suka hati dia. Gasakla labu

No comments:

Post a Comment