Saturday, March 5, 2011

Nurin Dah Bertindik

Alkisahnya, cuti Chinese New Year hari tu aku balik Melaka. Memang dah niat nak pegi betulkan gelang kaki yang dah putus. So, ajakla mak mertua aku pegi kedai emas yang dia biasa 'menziarah' kat Tampin. Alih2 sampai sana, mak mertua aku cakap tindik sekalila Nurin.Aku ok je walaupun x terniat nak tindikkan dia. Rasa macam kecik sangat lagi. Aku dulupun dah masuk sekolah rendah baru merasa bertindik.



Tapi dulu lain, sekarang lain. Alatpun dah canggih dan dah kurang sakit. Bila dudukkan Nurin kat kerusi dia rileks je. Even masa amoi yang tolong tindikkan tu buat tanda kat telingapun dia masih rileks. Yela mana dia nak tahu tindik tu apa, sakit ke tidak. Sekali bila je habis 'upacara' dia terus 'menyanyi'. Nasibla dua2 belah buat serentak. Kalau x mahu dia melarikan diri bila nak tindik sebelah lagi. Tapi sekejap jela. Agaknya terkejut bunyi 'stapler' tu. (Hehehe....x tahu apa nama alat untuk tindik tu. Belasah jela sebab function macam stapler).



Cuma 2-3 hari gakla nak hilang bengkak. Nurin pun sekejap2 dia raba telinga. Maybe rasa janggal, x pun heran apa bendala yang melekat kat telinga aku ni. Sekarang kalau usik subang dia dah xde, cepat je dia raba telinga dan terus cakap adala. Tapi yang buat aku berbulu bila perangai mengada2 dia datang time nak buka @ pakai baju. Konon2 sakitla bila tersangkut kat telinga. Terpaksala gosok dan hembus telinga tu. Hmmmm....Nurin!Nurin. Makin besar makin banyak kerenah, makin panjang akal.

No comments:

Post a Comment