Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Sebenarnya, dah lama plan nak pegi bercuti. Banyak tempat yang terfikir nak pegi termasuk ke Padang. Even, dah nak booking tiketpun. Mak aku yang teringin sangat nak ke sana. So, ni kira macam family trip. Dah lama betul x bercuti beramai2. Tapi x jadi sebab keadaan kesihatan abah. Xkan nak tinggal dia sorang2, kami pi berseronok kat sana. Ada hikmah disebaliknya sebab kalau jadi pegi, tarikh tu sama dengan masa Padang kena gempa bumi. Tuhan je yang tahu kalau masa tu ditakdirkan aku dan family ada kat sana. Agaknya, aku dah xde duk kat sini menghapdet blog ni. Maybe next time.


No more family trip for this year, aku plan gakla nak pegi bercuti. Macam2 tempat yang terlintas. Last year dah pegi Penang. Finally, aku decided to go to Bukit Merah. Tapi masalah lagi ngan hubby aku. Jadual dia lak penuh. Nampaknya cancel lagi la. Maybe dah xde rezeki nak bercuti. Tambah lak ngan hujan dan banjir sana sini. Aku cakap ngan hubby, x yah plan la. Kita p je mana2 kalau sempat.


So, last two weeks, aku dapat arahan untuk hadir mesyuarat kat PD dari 14 - 16 Disember. Apa lagi aku paksala hubby bercuti walaupun dia kena bertugas on Tuesday. Tapi aku bagi reason kesian Nurin. Nanti malam mesti dia cari aku. Masa aku kena pegi kursus 3 hari kat Terengganu, ma dan abah yang jaga pun x larat. Every hour dia bangun untuk minum susu. Kesian betul. Budak yang breastfeed ni memang lain sikit. Lagipun, ni bukan exactly mesyuarat. Aku kena mark paper PTK. Basically, jadual x pack. As long as boleh habiskan marking paper within the time frame. Cuma siang, kena adala kat bilik yang disediakan sebagai menghormati working hour. Tapi bolehla, cilok sekejap2.


Finally, cuti hubby was approved. Then, monday afternoon, kamipun bergerak ke PD. Sampai sana aku solat dan keluarkan barang, hubby bawa kids ronda tepi pantai. Balik je ke bilik semua dah lencun. Rupanya sempat mandi laut dan lepas tu pool. Bukan main seronok lagi. The next day lepas breakfast, aku teruskan keje aku. Hubby bawa budak2 tu pegi beli pelampung dan swimming trunk untuk kembar. Apa lagi dari kul 10 lebih sampai 12 duk main kat pool. Kulit dah makin gelap. Tengahari aku sambung lagi keje. Then petang bawa pegi pantai. Nurin ok je tapi hasif hazwan lak yang x nak. Gayat kot kena ombak. Hehehe..... bukan ke gayat kalau duduk kat tempat tinggi je. Apa2la. Tapi x lama sebab hujan then semua pegi pool. Last day, aku siapkan apa yang patut then join diaorang kat pool. Nanti aku upload gambar2nya.

No comments:

Post a Comment