Tuesday, December 22, 2009

Seribu Satu Kisah

Wah lama betul aku x menghapdet blog ni. Memang ye pun. Since cuti raya haji, aku malas yang teramat nak menulis apa saja. Sebenarnya banyak nak kongsi tapi rasa malas yang terlampau-lampau dah ambil alih. Di tambah lak ngan broadband ni sekejap-sekejap padam. So, xdela cerita baru.

Cerita Sakit Mata

Kalau diikutkan, tahun ni paling banyak aku cuti emergency sebab sakit. X kirala samada aku atau anak2 yang sakit. Berturut2 lak tu. Raya Haji, balik Melaka anak sedara hubby aku baru nak baik dari sakit mata. Tapi aku buat x tahu je. Hari khamis, balik je keje mata aku dah rasa lain macam. Berair dan macam ada habuk. Aku dah syak macam sakit mata. Next morning, memang sahla. Then, on Saturday si kembar lak yang terjangkit. Cuma nasib baik both x kena teruk. By Sunday dah almost fully recovered. Kesian lak aku tengok mata berair2 dan gatal.



Hubby lak Sabtu tu pun dah mula. But, the worse began on Sunday onwards. Dia paling last kena dan paling lama yang mc. Memang seminggu duk melanguk kat umah. Dia sendiri cakap bosan dan mati kutula duk kat umah je. Nasibla aku pun dapat mc 2 hari lagi sebab mata aku still x ok. Alhamdulillah, Nurin je yang kebal.Hehehe... dia je yang ok. Kalau ikutkan dia paling dekat ngan aku. Yela, time breastfeed mesti kena pegang. Allah Maha Kaya. Maybe x nak asyik dia je yang sakit. Baru je baik dari chicken pox. Tapi dah kalau laki bini kaki jalan, hari yang dapat mc merayau gak. Wah....wah....wah..... Naik lemah badan terperap kat umah je.


Rombongan Meminang

Oooppsss........ Bukan nak meminang anak aku atau aku nak gi pinang anak orang. Gila apa. Semuanya kenit2 lagi. Belum sampai tahap wajib kahwin. Hua...hua...hua....Alkisahnya, maksu nak p meminang untuk anak bujang sulungnya kat Melaka on 12th December. Aku memang excited nak pegi. Dah siap cakap ngan hubby, jangan ada apa2 weekend tu. Kalau ikutkan dia kena pegi Penang. Tapi sebab aku yang book dia dulu so cancella. Gila queen control.

So, on Thursday, parents aku sampai ngan maksu dari Terengganu. Memang pack gakla jadual aku. Nasib hubby dah nak baik sakit mata. Kalau x mau melepas konvoi meminang. Macam aku ni orang penting lak. Padahal menempel je. Gasakla. Aku x nak missed the boat sebab......... adala kisah disebaliknya. Kalau ikutkan anak sulung maksu ni dan bakal tunang dia muda sangat lagi. Baru habis belajar dan keje. Tapi dah jodoh. Lagipun, nak sekat2 buat apa. Benda baik elok dicepatkan. Dahla dua2 keje tempat sama dan tinggal lak dekat2. Anything can happen. Bukan nak berprasangka tapi dugaan dan cabaran sekarang x macam zaman mak ayah kita dulu.


So, everything was going smoothly. Tarikh nikah dah tetap nak buat bulan Mac. Bertandang bulan Mac jugak. Lepas ni maksu dah ligat buat persiapan. Masa dah suntuk. Yela. Kalau nak plan untuk majlis yang simple pun, banyak gak nak kena settle. Nasibla sebelah lelaki. Kalau perempuan lagi banyak keje. Tapi yang paling seronok masa gi meminang ni, aku boleh jumpa ngan semua adik beradik ma dan sepupu sepapat yang dah lama x jumpa. Nak harapkan hari raya jela boleh beramas mesra. Nanti later on aku update gambar tunang. X banyak sebab masa sesi bergambar Nurin boleh terlentuk lak. Terpaksala aku duduk je. Yang paling x syok balik2 orang Melaka. Ni bukan aku cakap tapi makcik2 aku yang cakap (Matila kena tembak). Mana x nya. ayah su dan makcik orang Melaka, abang ipar aku 2 orang, adik ipar dan hubby pun Melaka. x berkembang betul. Tapi tula namanya jodoh. Bukan ambil kira, bangsa, keturunan, pangkat, darjat but agama yes.



Ok. chow dulu. Lepas ni aku sambung cerita bercuti di PD cum outstation.

No comments:

Post a Comment