Wednesday, June 16, 2010

Hutang

Bercakap tentang hutang rasanya semua orang pernah berhutang. Mana taknya. Zaman sekarang kalau setakat makan gaji mesti berhutang. Hutang rumah, kereta, personal loan, hutang along(walaupun dah diberi amaran berkali2, still ada yang x serik). Bagi aku walau macam mana banyak hutang, yang penting sebelum buat hutang muhasabah diri. Mampu ke x nak tanggung beban nanti. Tapi janganla sampai saving xde langsung.

Tapi yang aku x faham kalau orang berhutang dengan orang yang lain. Jumlah mungkin x banyak. Tapi nak bayar bukan main liat. Masa nak pinjam merayu2 dan penuh dengan janji manismu. Dah senang sikit, langsung buat2 lupa. Esok, Allah tarik betul2 anugerah ingat tu langsung nyanyuk. Dah tu muka x tahu malu. Selamba je. Bila tanya banyak la alasan di bagi.

Dah naik pening nak berdepan ngan orang camni. Dulu kita tolong kerana Allah sebab kesian dia tengah susah. Yang lagi pelik kadang2 tu, bila minta dia kata belum ada duit. Tapi tup!tup! sofa dah beli lain, tayar moto dah tukar baru. Pendek kata dah x nampakla kesususahan dia tu. Bukan nak mengungkit tapi sedih dan bengang sebab dia x kenang aku banyak bantu masa dia tengah susah. Sampai satu masa aku pernah belikan beras sebab dia kata dah xde duit nak beli beras.

Apa lagi nak buat. Kita lak dah naik malu nak minta. Dah macam peminta sedekah. Nak halalkan aku memang x sanggup. kalau seringgit dua bolehla. Tapi ni berpuluh ribu. Sekarang aku dah ambik sikap tunggu dan lihat. Kalau betul memang dia x nak bayar, biarla dia dan keluarga dia (sebab bersubahat) tanggung kat akhirat kelak. Mungkin ada hikmahnya Allah nak duga aku camni. Kalau ada bloggers yang ada masalah cam aku boleh share pengalaman or maybe ada cara nak tuntut hutang balik.

No comments:

Post a Comment