Tuesday, July 17, 2012

Rumah Baru

Alhamdulillah. Finally Julai 2011 teratak kami yang baru siap untuk diduduki. Sebenarnya memang ada kelewatan daripada tarikh sebenar rumah tu perlu diserahkan oleh pemaju. Ikut perjanjian sepatutnya bulan Ogos 2010. Tapi Januari 2011 baru dapat ccc dan serah kunci. CF dapat Mei dan masa ni baru boleh start renovation. Almost 1 year +++++ aku kena bayar 2 rumah. But at the end, penantian masuk rumah baru, amatla x berbaloi. Mesti ada yang cakap aku x bersyukur sebab ramai lagi yang rumah x siap2, terbengkalai. Tapi memang tula yang aku rasa. Apa yang diserahkan indah khabar dari rupa.

Bila serah kunci tu aku dan hubby pegi inspect rumah. Too many defects dengan finishing yang amat x semenggah. Kalau diikutkan macam beli rumah kos rendah je. Even aku rasa low cost punya lagi berkualiti. Banyak gak yang x ikut spec. Ingatkan bila dah complain pemaju akan betulkan tapi hampeh. Memang xde apa2 tindakan langsung. Few days before moved in, siling master bedroom runtuh. Habis rosak lampu dan kipas serta timber floor. Rupanya air dari tangki melimpah. Masa tu hubby ngan few friends nak basuh rumah. Nasib belum pindah. Kalau x ada yang kena masuk hospital. Bila complain lembap betul nak datang betulkan. Aku cuba minta untuk tukar timber kepada tiles tapi developer kata kena tambah duit. Aku tanya kontraktor yang renovate rumah tu pasal kualiti timber tu. Dia kata tu memang yang low quality. Tu sebab kena air sikit terus kembang. Kalau nak cerita pasal rumah ni memang x habis.

Aku dah bawak kes ni ke tribunal. Tapi yang dah settle cuma untuk tuntutan penyerahan lewat. Inipun aku kurang berpuashati sebab award yang diputuskan x ikut apa yang sebenarnya aku layak dapat. Keputusan hakim berbeza-beza sebab ada jiran aku dapat ikut apa yang sepatutnya. Nak buat camana. Keputusan tu muktamad. Kalau nak cabar aku nak kena bawa ke mahkamah sivil (betul ke?). Lagi banyak proses dan lagi leceh. Aku redha dan anggap setakat tu je rezeki aku. Lagi satu tuntutan teknikal belum ada keputusan. Tengah tunggu kumpulan teknikal untuk inspect balik rumah based kepada report aku. So, just wait and see.

Cuma bila dah jadi camni aku agak skeptikal dan serik dengan pemaju Melayu. Betulla kalau orang cakap Melayu x pandai nak guna peluang yang diberikan (bukan semua ye).Tu sebab susah nak maju, susah nak kekal bersaing, susah nk dapat customer. Tapi nk kutuk lebih2, ada lk yg cakap aku x sedar diri ni pun Melayu. Lagi satu, aku sedih sebab melayu dengan melayupun nak tipu. Mana taknya kawasan rumah aku semua melayu dan dibina atas tanah rezab melayu oleh pemaju melayu. Apapun, next time kalau diberi pilihan, mungkin aku xkan pilih melayu. Memang pisang xkan berbuah 2 kali tapi, monyet yang dah biasa makan pisang susah nak diubah untuk cuba makan pizza lak.

No comments:

Post a Comment