Monday, July 30, 2012

Permata Hati Baru

Muhammad Norhadif, permata hati baru mama dan ayah. Kehadiran Hadif sekaligus menghapuskan title anak bongsu yang dipegang oleh Nurin selama hampir 4 tahun. Kehadiran yang dinantikan kerana rasanya ini yang terakhir. Bukan aku menolak rezeki tetapi disebabkan ketiga-tiga kelahiran adalah secara caesarian, so doktor menasihatkan untuk terus stop. Apapun, alhamdulillah aku telah dikurniakan 4 permata yang amat bernilai.

Kehadiran Hadif walaupun dinantikan tetapi x dijangka. Dalam keadaan kelam kabut berpindah ke rumah baru memang x expect untuk pregnant dalam masa tu. Tetapi dah rezeki Allah nak bagi. Tupun bila buat pregnancy test lambat je nak naik 2 line. Berbeza dengan sebelum ni. Dah naik 2 line pun still yang second line tu x clear. Tapi aku yakin memang pregnant sebab badan dah lain macam.

Untuk yang kali ni the history repeat again. Loya x sangat tapi still aku batuk, x boleh minum air kosong. So, setiap masa nak kena minum air yang berperisa. Kali ni jugak aku kena buat MGTT (ala yang minum air gula untuk detect gestational diabetes) agak awal. Masa aku 4 bulan ++++. Memang kantoila. Dah air manis je memanjang. Tambah lak aku suka kunyah chewing gum untuk hilangkan rasa x selesa kt tekak. Lepas dah positif tu, aku tukar makan asam lak. Seksa betul.

So sebab dh confirm awal ada kencing manis bermulala episod ulang alik ke klinik untuk ambil darah 2 minggu sekali. Memang memenatkan sebab kena ambik darah 4 kali. Orang yang ada pengalaman ni memang tahula betapa lecehnya nak lalui proses ni. Dahla tu kena check darah tu sampai bersalin. At the end, aku pinjam glucometer daripada seorang pegawai aku yang turut alami nasib yang sama dan check sendiri kt rumah. Hanya bawa result je ke klinik. 2 bulan terakhir sebelum bersalin aku dirujuk ke hospital sebab bacaan  gula darah yang tinggi.

Masa tu doktor bagi peluang untuk monitor for another 2 weeks. If the results still not satisfied then kena wardedla untuk start dengan insulin. Alhamdulillah, semuanya ok. Then doktor terus bagi tarikh untuk aku bersalin secara caesar. Almaklumla, dah 2 kali caesar. So xde chance untuk aku merasai pengalaman bersalin normal.

On 15th March, aku dah warded sebab 16th tu dah caesar. Tapi at the end doktor bius cakap kena postponed sebab aku batuk dan selsema. Memang very risky kalau nak teruskan jugak. Aku kena habiskan antibiotik dan kena warded again on 20th. Bila datang balik, doktor bius check condition aku, dia kata operation boleh buat tapi still ada risiko sebab batuk x baik lagi.

Kalau tanya aku masa tu memang takut. Bila dah discuss ngan hubby dia cakap tawakkal jela. Cuma aku agak bimbang sebab still batuk dan memang menakutkan serta menyakitkan bila lepas caesar. Memandangkan ni adalah elektif surgery, so x tahu bila turn aku. Bila tanyapun, ada 6 orang termasuk aku yang akan caesar. Tambah lak dewan bedah untuk bersalin dalam proses dibaikpulih so kena guna general ot. Kalau xde kes-kes emergency cepatla.

On 21th tu, pagi lagi aku dah siap. Mandi dan solat sebab after subuh dah nak kena masukkan kateter. Akhirnya, pukul 12 tibala turn aku. Sempat call hubby inform tapi x dapat jumpa dia. Tepat jam 12.56 tengahari Muhammad Norhadif selamat lahir ke dunia dengan berat 4.14 kg. Alhamdulillah. Cuma bagi aku proses kelahiran kali ni agak menyakitkan berbanding sebelum ni.

Episod kelahiran Hadif belum berakhir di sini. Rupanya masalah baru timbul. As expected Hadif kena masuk NICU sebab berat lebih 4 kg. Tapi bila jumpa Hubby petang tu, dia cakap Hadif kena letak kat incubator sebab masalah fast breathing. Tuhan je tahu perasaan aku masa ni. Nak pi tengok condition aku belum mengizinkan. Cuma Hubby dapat tengok. Dia cakap wayar berselirat kat keliling Hadif.

The next day bila dah boleh bangun baru dapat jenguk Hadif. Alhamdulillah, cuma satu wayar disambung kat belakang bagi salurkan antibiotik. Hari ke 3 aku dah boleh keluar. Tapi pagi tu doktor datang untuk ambil sampel aku to make sure masalah Hadif bukan berpunca dari jangkitan semasa dalam kandungan. So hari tu aku je yang keluar without Hadif.

Hari yang ke 4, pagi aku ke hospital untuk breastfeed. Hadif dah habis antibiotik cuma diletak untuk pemantauan. Petang bila ke sana, doktor cakap Hadif dah boleh keluar. Aku ingatkan semua dah ok. Rupanya hari ke 10 Hadif disahkan pula ada kuning. Siap demam lagi. Bermula lagi episod baru ulang alik ke klinik untuk ambil darah.

Macam-macam aku bagi untuk turunkan kuning tu. Susu kambing, mandi dengan ubat cina, mandi dengan air daun inai, air anggur hitam, air sengkuang cina but still turun sikit2 je. Dah almost 2 weeks, doktor refer Hadif ke specialist untuk further investigation berkaitan kuning dia. Memang memenatkan dan aku lak kesian kat Hadif sebab asyik kena cucuk kaki nak ambik darah. Result daripada specialist melegakan hati aku dan Hubby. Kuning tu disebabkan oleh breastfeeding. So, akan hilang cuma agak lambat.

Apa lagi ye.... pusat tanggal hari yang ke 10. Hadif baby yang baik dan x banyak ragam. Seingat aku 2-3 kali je dia x nak tido malam. Cuma Hadif ni kalau petang aku kena baring dan susukan dia baru dia tido. Sekarang dah 4 bulan lebih dan dah 7.9 kg. Still fully susu cap gantung. Harapan dan doa aku untuk susukan dia selama yang boleh. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment