Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban

Esok Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban @ Aidil Adha. Bagi yang sedang mengerjakan haji, inilah masa untuk memastikan ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga mendapat haji yang mabrur. Bagi yang belum berkesempatan menunaikan Rukun Islam ke 5 ni, kita merayakannya dengan cara melaksanakan ibadat korban sempena memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.

Apapun, bagi yang bercuti panjang, selamat bercuti. Drive carefully. Ambilla kesempatan ni untuk menjenguk ibu bapa sekiranya mereka masih ada. Gunala masa ni nak mengeratkan silaturrahim. X perlu raya puasa untuk melaksanakannya. Bagi yang berkorban, sempurnakanlah ibadat dengan hati yang ikhlas kerana ganjaran Allah adalah amat besar.

Ni sebagai memperingati diri aku gak. Bukan apa, sekarang ni macam dah trend. Niat korban tapi macam menunjuk2. X ikhlas namanya tu. Pas tu boleh lak dia pilih2 bahagian yang elok je. Sepatutnya keutamaan kepada yang lebih berhak.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA. SEMOGA IBADAH KORBAN DAPAT DISEMPURNAKAN DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA JUA.

No comments:

Post a Comment