Thursday, August 13, 2009

Ilmu Bertentangan Islam

Camana ye nak mula cakap pasal hal ni? Sebenarnya bagi aku, kita sebagai orang Islam x boleh percaya kepada benda-benda karut ni. Yakin dalam diri, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Tapi, kita kena terima hakikat bahawa selain daripada kita ada makhluk Allah yang lain yang sama-sama berkongsi kehidupan ini. Kalau x Allah xkan sebut berkali-kali dalam Al-Quran sebagai peringatan kepada kita wujudnya Syaitan, Jin dan Makhluk Halus lain. Kalau ikut kepercayaan orang melayu sebenarnya banyak gelaran yang kita guna seperti orang bunian, hantu dan bla, bla, bla. Betul ke apa yang aku tulis ni? Tak kisahla. Ianya sekadar pendapat dan pemahaman aku.

Bila kita sebut pasal black magic atau ilmu hitam ni, sebenarnya kepercayaan atau boleh aku kata kepenggunaannya adalah melibatkan semua umat manusia x kira bangsa, agama, benua atau apa saja. X percaya? Cuba tengok filem-filem orang putih, jepun, korea, hindi , melayu, cina boleh kata semua ada cerita pasal ilmu hitam ni. Cuma panggilan itu berbeza-beza voodoo (betul ke ejaan ni, lantakla), sihir, black magic dan lain-lain la. Benda-benda ni semua wujud sebab terdapat manusia yang lebih percaya kuasa ilmu hitam dari kuasa Allah untuk aniaya dan kenakan sesama manusia. Yang sedih ada yang menderita kerananya. Masya Allah. Na 'uzubillah. Jauhkan aku dari semua tu. Tetapkan iman aku

Aku nak kongsi satu cerita dengan pembaca budiman sekalian (chewah.. Bukan main lagi bahasa ada bunga.Tupun kalau ada pembaca). Terdapat negeri A di negara Kayangan. Permaisuri dan rakyat hidup aman damai tanpa ada sengketa walaupun golongan jejaka hanya tinggal beberapa kerat je . Tapi itu x menimbulkan masalah malah mereka saling bekerjasama dan tolong menolong. Tiba satu hari yang x berapa nak cerah, negeri A telah menerima kedatangan seorang jejaka yang ingin berhijrah ke situ. Permaisuri dan rakyat menerima kedatangannya dengan hati terbuka dan ikhlas. Malangnya, kedatangan tersebut telah menimbulkan huru-hara kepada negeri A. Sang jejaka yang x berapa muda ini, mula menunjukkan belang. Dia mengganggu ketenangan di tempat tersebut tanpa timbul rasa bersalah. Permaisuri dan rakyat mula rasa terancam dan tidak selamat. Kebimbangan permaisuri menjadi kenyataan. Sang jejaka durjana telah menggunakan ilmu hitamnya demi kuasa dan kekayaan ke atas Permaisuri. Walau bagaimanapun, Allah masih menyayangi Permaisuri dan telah membukakan jalan untuk beliau bertindak dan mengekang perkara tersebut dari berlanjutan. Akhirnya si jejaka telah disingkirkan keluar dan dihalau. Tetapi Permaisuri tetap mengambil langkah berjaga -jaga kerana dia tahu si jahanam tersebut akan melakukan pembalasan.

p / s: Ini adalah kisah benar dan berlaku di zaman yang serba moden dan canggih ni. Aku memang susah nak percaya perkara ni tapi tula yang berlaku. Bagi aku kalau kita dah sampai usia yang kubur kata mai, mai dan rumah kata pi, pi tapi perangai masih amalkan ilmu-ilmu yang syirik dan khurafat memang xkan selamat di dunia dan akhirat. Apapun, rahmat dan hidayah dari Allah kita semua sebagai hambanya x tahu bila dan di mana kita akan terima. Wallah Hu'Alam. Sama-sama kita muhasabah diri.

1 comment:

  1. ya Allah semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya. amin..

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisa: 116]

    saje singgah :)

    ReplyDelete