Friday, August 21, 2009

Kuasa




Bila bercakap tentang kuasa semua manusia ingin berkuasa. Kuasa menyebabkan kita rasa kita yang paling besar, bagus dan disanjungi. Sampai satu tahap kita seolah-olah menidakkan kuasa Allah Yang Maha Agung. Na'uzubillah. Pohon dijauhkan dari sifat dan perasaan lupa diri.

Sebenarnya aku nak kaitkan dengan apa yang aku rasa saat ini. Rasa tertekan, menyampah, meluat hanya Allah yang tahu. Aku tersepit antara tuntutan kerja dan prinsip hidup serta hukuman Allah. Ya Allah ampunilah hambamu ini.

Bila aku mula join servis ni boleh kata setiap hari diterapkan dengan istilah 'Yes Boss'. Bagi aku benda ni x jadi masalah sekiranya apa yang diarahkan mengikut peraturan dan polisi serta tidak melanggar adat dan hukum. Tapi bila dah sampai aku terpaksa mengorbankan pegangan dan prinsip hidup, tu yang aku dah x boleh nak tolerate. Bagi aku ianya dah melampau.


Kita keje ni sebenarnya mudah kalau ikut apa yang tersirat dan tersurat dalam setiap peraturan dan panduan. Tapi yang menyusahkan bila ada arahan-arahan yang memaksa kita untuk melanggar apa yang telah ditetapkan. Memangla orang kata peraturan manusia boleh diubah. Cuma apa gunanya kalau setiap manusia yang rasa diri tu berkuasa sangat memandang peraturan dan orang yang melaksana macam sampah.

Rasa sakit hati aku ni memang dah tak terbendung. Mau je aku tukar jadi transformer, xpun ultraman pegi fire je orang tu. Hehehe...masalahnya aku x boleh jadi semua tu. Bila difikirkan, aku sebenarnya x heran kalau ramai meragui ketelusan dan ke'integriti'an orang-orang yang 'berkuasa'(Boleh faham ke? kalau x bolehpun, buat-buat jela faham).

Kalau dikaji, diselam, diselak semua perkara memang masalah rasuah, salah guna kuasa, x boleh dihapuskan. Dah ramai yang terkena tapi tidak sampai ke akar umbi. Setakat peringkat daun, ranting dan dahan. Tapi batang dan akar masih lagi teguh berdiri. Fikir, fikirkanlah (ni bukan trademark mazidul dalam 360 ke?).

No comments:

Post a Comment