Wednesday, August 26, 2009

Geram

Geram?hehehe...Sebenarnya bukan geram kat sapae2. Tapi geram kat diri sendiri. Berat aku naik mendadak. Baru timbang 2 hari lepas. Rasa macam x percaya jarum tu berhenti kat angka tersebut. Dua tiga kali aku timbang dan belek. Kot2la timbang tu saje mainkan aku (punyala x boleh terima hakikat aku dah gemuk). Arrgh...memang betul. Heran bin ajaib betul. Nak kata makan terlampau-lampau, rasanya camtu je.



Tambah lak aku still breastfeed si kenit. Kalau x makan (sekarang puasa ye) memang x boleh. Pernah plan nak diet tapi at the end sampai menggigil2. Bukan kata x makan langsung tapi aku hadkan amount dan pilih jenis makanan. Tapi bila difikirkan, agaknya aktiviti dah level sedentary. Metabolisme pun makin lama makin rendah seiring dengan peningkatan usia (dah tua aku). So kalau makan tetap sama tapi metabolisme makin menurun memangla naik badan. Pas tu mana ada masa nak exercise. Balik keje dah mula aktiviti kat umah lak. Tu sebab start pose ni memang azam aku untuk at least hilang beberapa kg. Kalau bolehla.


Rupanya dah berkarat ilmu pemakanan aku. Yela dulu hari2 duk mengadap benda tu dan kena sentiasa update diri dengan knowledge pasal tu tapi sekarang bidang keje dah menyimpang jauh mana nak ingat. Walau apapun, minat dan pilihan aku tetap nutrition especially sports nutrition. Kalau diikutkan memang aku dah banyak ketinggalan dalam hal ni. Cuma kalau ada kelapangan aku tetap update diri. Walaupun bukan untuk kerjaya tapi at least for my own benefit. Rasulullah dah berpesan tuntutla ilmu sehingga ke negeri China. Menuntut ilmu xkan berhenti sehingga tiba ajal kita.

Insyaallah satu hari aku memang menyimpan hasrat nak pergi lebih jauh dalam bidang yang mungkin ada kena mengena ngan minat aku. Apapun, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku. Masa mula2 nak terima keje nipun memang aku fikir panjang. But, I think I made the right choice and never regret it. Maybe in future, kalau apa yang aku impikan menjadi kenyataan I hope I can contribute something in that area.

P/S: Melalut betulla posting kali ni. Awal2 cakap pasal berat naik. Lepas tu dah lari jauh dari cerita asal. Apa2 jela. Nanti kalau ada tips pasal nutrition aku akan letak kat sini.

No comments:

Post a Comment