Monday, August 24, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi untuk ke sekian kalinya. Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa. Sebenarnya setiap tahun ini saat yang paling aku tunggu2. Bukan sebab nanti boleh raya. Yela, dah tua bangka ni raya dah x meriah cam zaman budak2 dulu. Cuma raya tu kita berkesempatan nak rapatkan kembali hubungan silaturrahim.

Aku seronok nak puasa sebab yang bersebab. Pertama, of course bila mula bulan puasa semangat nak mengaji dan khatam tu cukup kuat. Cumanya bila dah ada anak kecik, aku cukup bersyukur kalau dapat jadikan pertingkatkan amalan tu kalaupun x khatam. Kedua, solat terawih tapi lagi sekali dah berapa tahun aku xde kesempatan nak melakukannya. Xpela. Allah dah janji jaga anak tupun besar ganjarannya. Insyaallah.

Yang ketiga, bulan puasa ni sekurang-kurangnya dapat mengajar aku untuk lebih bersabar especially masa drive. Hehehe...selamatla sape2 yang berkenaan dari kena maki hamun aku. Yela, kalau bawa kete macam x ingat dunia sape yang kenapun marah. Dan lagi satu aku beringat supaya x mengumpat (Bocor rahsia suka mengumpat.Hehehe...)Pendek kata menghalang aku untuk lakukan benda-benda yang Allah x suka. Yang keempat, rehatla sikit perut aku dan sekaligus boleh menguruskan badan. Kalau x mengunyah je sepanjang masa. Yang kelima, aku seronok sebab masak sekali je. Hehehe... sahur makan je apa2. Nasibla laki aku x komplen.Ehem...x tahula kalau kat belakang dia duk kutuk aku.

Dan lain-lainla. memang ramadhan ni bulan penuh keberkatan. Kalau x, xkanla orang yang berniaga untuk bulan ni je boleh dapat 10, 20 ribu. x berkat ke tu?Ni dari segi rezeki. Yang lain biarlah Allah yang tentukan. Yang penting kita cuba rebut keberkatan dan tingkatkan amal ibadah. Semoga apa yang kita amalkan dalam tempoh ni akan berterusan sehingga kita berjumpa lagi untuk Ramadhan di tahun akan datang. Itupun sekiranya Ramadhan ini bukan yang terakhir.

No comments:

Post a Comment