Tuesday, September 1, 2009

Renungan Ramadhan

Hari ni Tuesday Blues sebab aku dah cuti lama. Malas betul nak keje. Tapi bila masuk ofis hari ni memang banyak benda nak kena settle atas meja. Nak x nak kena buat jugak sebab esok dan lusa aku xde kat ofis. So, mana2 yang perlu tindakan segera, perlula segerakan. Apapun, aku happy sebab hari ni surat confirmation dah ada atas meja. Syukur sebab urusan tu dah selesai. Coming??? Kita tunggu dan lihat. Sebenarnya banyak perancangan tapi Allah jua yang tentukan akan terlaksana atau tidak.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 11 umat Islam berpuasa. Aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat bulan Ramadhan. Setakat hari ni aku rasa masih berjaya mengawal nafsu makan dan belum terlebih lagi. Belanjapun kurang walaupun hari2 beli je lauk. Yela, x sempat lagi nak masak.

Sebenarnya aku nak kongsi beberapa renungan untuk panduan menjalani ibadat puasa dengan lebih baik:

'Bersahur membezakan cara berpuasa muslim dan yahudi. Sabda Nabi SAW: Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada keberkatannya - Bukhari dan Muslim'

'Cubalah sedaya upaya untuk mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk di sisi Allah Ta'ala'

'Cukupkan solat sunat terawih serta witir sepanjang Ramadhan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan2 yang lain'

'Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan kerana pahala amalan wajib akan digandakan dan pahala amalan sunat seumpama melakukan amalan yang diwajibkan'

'Bayarlah zakat kerana ianya dapat mensucikan diri dan harta'

'Bulan Ramadhan syaitan dan iblis akan diikat. Jadi perkara utama yang menghalang adalah nafsu'

No comments:

Post a Comment