Tuesday, September 8, 2009

Renungan Ramadhan 2

Hari ni merupakan hari yang ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk kita terus menikmati bulan Ramadhan. Cuma aku sedikit pelik dengan orang kita ni. Bila awal Ramadhan memang ramai yang mengunjungi surau dan masjid untuk sama-sama berterawih dan menyemarakkan Ramadhan. Tapi bila dah akhir2 especially masuk hari ke 20 dan ke atas bilangannya makin berkurangan. Kalau setakat perempuan ok lagi (yela.. alasannya perempuan sibuk buat kuih walaupun aku rasa kadang2 ianya sekadar alasan je) tapi ni termasuk lelaki gak. Hmmmm....x tahula atas alasan apa. Mungkin tolong bini buat kuih jugak kot. Sepatutnya 10 malam terakhirla kita nak kejar. Kan Allah dah janji pada malam2 terakhir tu akan dihadirkan satu malam yang bila kita laksanakan amal ibadat pahala Allah adalah berkali ganda iaitu Malam Lailatulkadar. Semua orang mengimpikannya tapi kadang-kadang ianya sekadar di mulut dan tidak bersekali dengan amalan.

Untuk kali ni aku masih nak berkongsi beberapa lagi renungan untuk panduan dan rujukan kita menjalani ibadat puasa. Mungkin puasa tahun ini sudah hampir sampai ke penghujung tetapi ilmu dan panduan ini berguna sampai bila2, selagi hayat dikandung badan.

'Elakkan makan daripada makanan yang syubhah iaitu ragu2 antara yang halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur'

'Hidupkan malam2 Ramadhan dengan solat pasti beroleh keampunan. Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang bersolat pada malam2 Ramadhan akan diampunkan dosanya - Bukhari'

'Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa, besar ganjarannya. Sabda Nabi SAW: Pahala orang yang beri makan orang berbuka puasa sama dengan orang2 yang berpuasa - Tirmizi'

No comments:

Post a Comment