Thursday, September 17, 2009

Renungan Ramadhan 3

Hari ni merupakan hari2 terakhir Ramadhan. Rasa sayu je sebab x tahu sempat lagi x dengan Ramadhan akan datang. Apapun, aku still nak kongsi beberapa lagi renungan dan panduan sepanjang menjalani ibadat puasa. Ilmu perlu dikongsi sebab ianya akan terus kekal sampai bila2.

'Puasa adalah rahsia di antara hamba dan Tuhannya dengan hikmah yang tersendiri. Soal amanah teruji apabila dalam keadaan lapar biarpun berseorangan'

'Banyakkan zikir di bulan Ramadhan. Sabda Nabi SAW: 2 perkara yang Tuhanmu redha iaiatu kalimah La ilaha illallah dan kalimah Astaghfirullahal'azim - Baihaqi'

'Perbanyakkan ibadat malam dengan berqiamullail sambil bertasbih serta tahmid dan memuji kebesaranNya kerana pahala menghidupkan malam2 Ramadhan amat besar'

'Ramadhan mengajar umat berkongsi kesusahan yang di alami oleh fakir miskin dan orang2 yang memerlukan. Falsafah puasa menerbitkan keinsafan'

'Peliharalah lidah daripada bercakap2 kososng, mengumpat, memfitnah, berkata lucah atau sia2 lagi melalaikan serta aktiviti yang membuang masa'

'Pada bulan Ramadhan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari'

'Orang yang berpuasa sangat tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut orang berpuasa di sisi Allah lebih baik daripada bau kasturi - Bukhari'

'Hidupkan tadarus Al-Quran. Nabi SSAW pernah menjelaskan bahawa sebaik2 ibadah umatnya ialah membaca Al-Quran, apatah lagi pada bulan Al-Quran diturunkan'

'Orang yang berpuasa lalu membuat amalan2 sunat, diampunkan dosa serta tergolong dalam orang2 benar. Sabda Nabi SAW: Sesiapa hidupkan Ramadhan terampun dosanya - Bukhari'

No comments:

Post a Comment