Friday, September 18, 2009

Memori Aidilfitri

Bila bercakap tentang hari raya Aidilfitri banyak kenangan yang bermain di fikiran. Especially masa kecik2. Memang seronok bila di kenang zaman tu. Sesuatu yang x mungkin berulang lagi. Tambah lak bila tokwan (panggilan untuk atuk) meninggal masa tahun 1990 (x silap aku) dan cik (panggilan untuk nenek) turut dijemput ilahi bulan Ramadhan tahun 1998. Dua2 sebelah mak aku. Memang sedih sebab masa tu tinggal lagi beberapa hari nak raya (dalam seminggu rasanya) tapi aku x boleh balik nak tengok cik buat kali terakhir. Tambah lak aku dan adik beradik yang lain memang rapat ngan cik sebab semuanya pernah merasa duk ngan arwah. Yela dengan keadaan kerja abah aku yang sentiasa berpindah then abah ngan ma bukan orang senang. Kalau nak mewah sikit memang ngan cik. Terkilan gak sebenarnya sebab x sempat nak berbudi ngan cik. Tapi itulah ketentuan Ilahi.

Bila bercerita tentang raya, setiap tahun semua adik beradik ma kecuali mi (kakak ma yang sulong) berkumpul kat umah tok wan dan cik. Memang meriah. Walaupun kami adik beradik x diberikan kemewahan tapi kemeriahan tetap sama. Tambah lak zaman budak2. Bukan tahu nak fikir tu semua. kami beramai-ramai (termasuk sepupu sepapat) main mercun dan bunga api. Tapi yang paling best time tu kami akan tunggu budak2 kecik tido then baru mula main. Baru puas sebab x perlu nak layan kerenah si kecik. Hehehe... jahat betul. Tapi ada sekali tu aku main bunga api terkena belakang abang sepupu. Memang panikla. Nasib sikit je. Nak tahu siapa yang bekalkan bunga api dan mercun yang banyak? (perhatian: masa ni mercun belum diharamkan) Ayah Cik iaitu the one and only adik ma yang lelaki. Cuma ada 2 tahun x silap aku Ayah Cik further study ke US. So kurang lah sikit meriahnya. Yang best Ayah Cik ni walaupun wife dia orang Melaka tapi x pernah miss balik Terengganu dulu. Then selepas 3-4 hari raya baru balik sana. Makcik (panggilan untuk wife dia) jenis x kisah. Maybe sebab parent dia dah xde.

Malam raya memang penat. Biasanya kami yang besar2 kena cucuk sate. Sampai sakit2 tangan. Tapi aku still x expert cucuk sate. Tu yang asyik kena tangan je.Yang sponsor sate biasanya Cik De (Adik bawah ma) dan Ayah De. Biasanya sate tu dah diperap dengan ramuannya. Cuma tinggal cucuk je. Boleh kata malam tu tidola kul 12 dan ke atas. Tapi biasanya cik, ma dan mak2 sedara tido lagi lambat. Masa ni baru nak masak kuah kacang dan nasi impit. Sebenarnya tu je menu utama masa raya. Dah tradisi. Kadang2 aku saje tido lambat nak tengok pelbagai rancangan tv. Yela. Tu je peluang tido lambat. Biasanya kami beramai-ramai tido kat luar. Satu port untuk satu family. Rumah kampung ruang memang besar.

Then, pagi2 raya dalam kul 5 operasi bakar sate bermula. Biasanya Ayah De yang mula dulu. Sebabnya lepas subuh cik akan panggil orang surau (surau sebelah rumah je) naik ke rumah untuk dijamu dengan sate. Yang ni part paling best. Lepas sembahyang raya, tok wan dan sorang lagi ahli surau akan minta budak2 beratur dalam dua barisan. Apa lagi nak bagi duit raya. Dapatla dalam 50 sen sorang.Tapi masa tu nilai ni dah cukup besar. Tapi adik aku bila tiba turn dia bukan tok wan bagi tapi dia selamba ambik je dari tangan tok wan. Dapatla sebeban. Tapi dia baik hati bagi gak kt akak dia ni. Kadang2 aku malas nak beratur. Tambah lak akukan pemalu (Boleh percaya ke?)Lepas tu adik aku akan beratur lagi then dapat lagi. Memang kurang ke'malu'an betul (ooppppsss.... jangan ingat benda x elok. Ni still bulan puasa).

Dah lepas sembahyang raya barula masing2 bergerak ke tempat lain. Cik de and family akan balik ke Besut (rumah parent Ayah De). Me and family biasanya balik Kelantan (Rumah abah). Tapi ada beberapa kali kami x boleh balik. Sebabnya kereta kecik tapi kami dah besar. Mana muat nak isi 7 orang. Kalau duk atas pangku bolehla. Ayah Cik ada offer nak hantar tapi abah cakap x perlu. So, abah akan balik sorang. Kami memang seronok sebab x perlu balik sana. Suasana kat sana kureng sikit. Kami adik beradik x ngam sangat ngan sepupu sepapat sebelah abah. Yang tinggal hanya Ayah Cik dan Maksu.

Tapi tu semua hanya tinggal kenangan. Sejak arwah cik meninggal, barula kami mula beraya kat rumah sendiri. Kemeriahan tu dah x sama. Cuma aku orang paling sibuk kemas umah. Tukar susun atur, sarung kusyen dan langsir. Penat pun xpe sebab tu hobi aku. Tapi bila bab masak memasak janganla. Aku cukup liat. Tapi nak x nak buat gak. Kakak aku lak kalau sempat biasanya dia akan buat kek. Biasanya coklat kek. Tradisi tetap sama iaitu kuah kacang dan nasi impit. Cuma sate dah xde. Pas tu adala kami masak (sebenarnya ma...hehe) nasi beriani @ nasi tomato. X pun rendang. Nak masak banyak2 x terabih nanti. Lepas solat biasanya kami akan ke rumah Mi then rumah Maksu. Then raya ke 2 @ 3 baru rumah Cik De sebab raya pertama Cik De still balik ke Besut. Raya ke 2 @ 3, kami akan balik gak Kelantan sebab abah nak jenguk kubur arwah cik dan ayah (panggilan untuk atuk dan nenek sebelah abah).

Cuma bila dah kawin, rutin aku dah berubah sikit. Tahun pertama kawin kat Terengganu. Tahun ke 2 kat Melaka. Cuma start 2007 aku balik dua2. Ingat tahun ni xdela camtu tapi nampaknya tradisi akan kekal sama. Kena balik gak Melaka. Penat memangla penat tapi cakap suami kena akurkan. Xpela. Yang penting dua2 happy. Apapun, sekarang ni zaman anak2 aku nak bergembira. Persiapan pun lebih untuk dia orang especially anak dara aku. Teruja nak tengok dia pakai baju kurung untuk kali yang pertama. Yela tahun lepas baru 5 bulan. Kecik sangat lagi nak pakai baju kurung. Paling penting aku nak gembirakan hati ma dan abah aku sementara mereka masih ada.

Anyway, kepada yang sudi baca blog aku, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN. DRIVE CAREFULLY. Umur panjang kita jumpa lagi lepas raya.

No comments:

Post a Comment