Friday, November 20, 2009

Chicken Pox

Last week memang havoc bagi aku. Selasa malam, badan Nurin dah mula dedar2. Hasif lak macam nak semput. So, Rabu pagi aku cakap kat hubby x yah kejela. Nak bawa budak2 p klinik. Aku risau sebab badan Nurin kejap sejuk kejap panas. Yela sekarang macam2 penyakit. Kena sentiasa alert especially kalau budak2 yang sakit. Kat klinik, Hasif memang kena bagi gas. Nafas dah x berapa nak elok. Hazwan lak aku check sekali sebab lately ni dia kerap bersin especially pagi. Kadang2 sampai 10-15 kali, hingus meleleh je then dia ngadu mata dia dah gatal2. Kesian lak aku tengok. Sah, doktor kata tu resdung. Bila check Nurin lak, doktor kata macam kena chicken pox/bertih/jintungan (ni ikut dialek daerah). Dia minta tunggu within 24 hours. If yes, bawak balik untuk bagi antiviral.


Dah x perlu antiviral sebab the next day dah banyak yang keluar. Even malam tu dia dah mula meragam. Siang tido 1/2 an hour. Malam langsung x boleh tido. Akupun samala x tido. Merengek dan menangis je. Aku dah mati akal nak buat apa. Last sekali aku bukak baju dan seluar tinggalkan diapers je. Pas tu aku basahkan badan dan kepala. Bolehla tido kejap. Dapatla gak aku lelapkan mata. Bangun pagi, hubby dah siap nak p keje. Aku sound gak sebab dah x larat. Tapi laki aku ni kalau dia dah kata putih susah nak ubah jadi hitam. Nasib dia hantar kembar p umah babysitter. Apapun, memang aku x boleh nak buat benda lain. Nurin kalau x duk atas pangku nak berdukung. Penat sangat rasanya.



Tengahari, hubby mesej, dia ambik half day. So, petang tu, hubby cakap jom keluar. Sambil2 nak cari daun semambu. Ni petua orang tua. Kalau budak kena chicken pox, daun semambu buat lapik tidur. Boleh kurangkan rasa miang dan panas badan. Selain tu, hubby cakap dalam kete sejuk dan bergerak. Maybe Nurin boleh lena. Betul cakap hubby. Lama gak dia tido. Then malam kena bawa adik ipar p umah member hubby. Nak urut badan ngan mak mertua dia. Sebab dah janjikan. Tapi ok gakla sebab makcik tu bidan dan tahu gak nak ubatkan cara kampung. Dia bagi satu losyen untuk sapu kat badan Nurin. Alhamdulillah, malam tu Nurin boleh tido. Dia merengek je aku sapukan losyen tu. Terus tido balik. Daun semambu tu aku letak gak tapi agaknya dia geli tengok tu, langsung x nak tido atas tu. Cuma bila dah lena dan tido pun lasak, baring gakla atas tu. Selain tu daun semambu tu guna untuk bedakkan untuk 3 hari berturut. Campur ngan bedak sejuk dan blend. Ni bila benda tu dah kering. Daun semambu ni gak kena rebus untuk jadi air mandian. Then baru boleh mandikan macam biasa. Tapi ngan Nurin aku mandikan gak. Kesian. Xdela mandi beria. Setakat basahkan rambut sikit dan aku ambik air untuk lap2 je. Hari ketiga aku bagi minum air kelapa. Nipun petua orang petua. Nak bagi chicken pox keluar semua.



Ahad malam, bawa Nurin p umah babysitter. Nak dia tengok samada dah boleh hantar lum. Akupun x nak main hantar je sebab kat umah tu ada anak sedara akak tu yang masih dalam pantang. Berjangkit kang susah lak. Dia cakap tunggu sehari dua lagi sampai benda tu kering betul. Nak x nak kenala cuti sampai selasa. Terbang cuti aku. X bolehla nak simpan untuk GCR. Huhuhu.... Tapi tula. Kalau beranak kecik, cuti memang untuk semua tu je. Untungnya, bolehla aku mengemas rumah apa yang patut. Rumah aku tu, aku sendiri segan nak tengok. Dah berapa lama x ber'vacuum', x bermop. Cuma masih kemasla (syok sendiri lak). Yang paling best, x yah masak. Hehehe....Pagi sebelum gi keje, hubby dah beli siap2. Tambah lak, kembarpun aku x hantar sebab Nurin dah x meragam. Kesian nak kejutkan bangun pagi. Lagipun, nila peluang. nak spend masa ngan dia orang. Pantang orang tua lagi, x boleh menggoreng masa kena chicken pox.

Sambil tu, aku ulang-alik p umah makcik bidan tu sehingga hari selasa lepas. Bawak adik ipar sampai hari Ahad. Hari Sabtu, borak ngan anak makcik tu. Sekali dia cakap mak boleh ubatkan resdung. Aku terus teringat Hasif dan Hazwan. Nak buat terus hari tu, x boleh sebab makcik tu guna telur ayam kampung untuk ubatkan. Kena lak buat tiga hari berturut. Kenala balik cari telur dulu dan ulangla selama 3 hari. Penat sangat sebab non stop. Tapi bagi aku berbaloi tengok anak2 sihat. Kitapun senang hati. Bukan x percaya pada perubatan moden, tapi x salah cuba cara tradisional selagi x memudaratkan. Lagipun, aku x nak anak2 bergantung pada dadah (ubat tu dadahla. cuma dalam dos yang dibenarkan). Macam aku, selagi boleh tahan aku x ambil ubat.

Lagi satu bagus bergaul ngan orang lama ni. Banyak petua yang boleh dikongsi. Makcik ni bagi petua untuk legakan batuk. Ambik dalam satu sudu kecik bijan, 1/2 inci halia dan 5 biji lada hitam. Ketuk2 dan masuk dalam 3 cawan air. Rebus hingga air tinggal secawan. Then minum. Aku dah buat untuk kembar, alhamdulillah dah kurang batuk. Lagi satu untuk bagi kulit kita tahan dari digigit nyamuk, maksudnya kalau kena gigitpun x berbekas. Ambil dalam 5 biji cengkih, rendam dalam air panas selama 15 minit. Cawan tu tutupla. Then minum. Insyaallah kulit jadi tahan. Yang ni aku belum cuba. Lagi satu petua. Ewah2, banyak lak petua. Ni semua yang makcik ni kongsikan. Dia memang baik dan peramah. Kalau nak kurangkan perut buncit, lemak kat badan @ kalau perut sebu/berangin. Garam kasar masukkan dalam bunjut kain then panaskan atas api. Guna untuk tungku kat bahagian yang kita nak. Tapi ni kena rajin dan buat selalu. Nipun aku belum sempat nak buat. Malas sebenarnya. Lupa lak, untuk yang chicken pox, mandikan dengan air kelapa yang dicampur dengan air basuhan beras (kali yang ke 2, 3). Nak matikan terus virus tu then prevent dari kena lagi sekali. Lagi satu jangan takut nak dekat ngan orang kena chicken pox. Lagi takut lagi cepat dapat.

Ok. cukup ruangan petua untuk kali ni. Kalau next time aku jumpa makcik tu dan dapat petua lain, aku share lagi. X salah kongsi ilmu malah makin berkat lagi. X relevan betulkan ngan tajuk di atas.

No comments:

Post a Comment